Daftar & Kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia pada 1 Januari
Kepada individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), anda boleh membuat pendaftaran dan kemaskini maklumat anda bermula 1 hingga 31 Januari 2022.
Timbalan Menteri Kewangan 1, Mohd Shahar Abdullah berkata, bagi yang telah layak Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, anda tidak perlu lagi memohon kerana akan diberikan bantuan secara automatik dan bayaran pertama adalah dijangka pada bulan Mac 2022.
Proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun adakalanya tiada dalam pangkalan data dan mereka diberikan peluang untuk memohon dan mengemaskini menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ahli Parlimen Paya Besar itu memaklumkan pula mengenai BKC fasa 3, ia akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan pada bulan Disember depan melibatkan RM1.2 billion dan untuk penerima isi rumah, kategori miskin dan B40.
Untuk kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) anda bolehlah ke laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di alamat https://www.hasil.gov.my/ atau ke LHDN berdekatan.