Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Dalam MySejahtera / Walk-In

Kini anda boleh memohon dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Twitter memaklumkan kerajaan telah menambah satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah dan mereka perlu mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) menerusi laman Twitter menunjukkan cara untuk memohon dos penggalak bagi tujuan umrah atau untuk penerima yang layak.

Melalui hantaran tersebut, JKJAVMY berkongsi paparan video bagi memudahkan proses pemohonan dos galakan untuk tujuan berkenaan.

Pemohon perlu ke Helpdesk di Mysejahtera dan membuat permohonan mengikut langkah berikut:

  1. Tekan Helpdesk
  2. Mula
  3. Pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak
  4. Pilih G dan mengisi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.

 

Kemudahan Walk-In Bermula 22 November 2021

Sementara itu KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak – Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.

Pendaftaran secara ‘walk-in’ ini akan dilaksanakan bagi:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak;
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

Keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  5. Ibu mengandung; dan
  6. Keperluan ke luar negara

Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.

Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.

Pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima.

Senarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan Walk-In

Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan rasmi KKM di bawah:

 

 

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress