Dah kenapa pulak abang ni tanam batu nisan tengah jalan!

Seorang pemuda telah memutuskan untuk meletakkan batu nisan di dalam lubang di tengah jalan raya dan meraih perhatian orang ramai di sosial media.

Gambar yang dikongsikan melalui aplikasi Facebook Brotherhood Shah Alam itu telah menujukkan seorang pemuda memacakkan batu nisan di lubang tengah jalan sekitar Klang.

Gambar itu ditujukan kepada MPK (Majlis Perbandaran Klang) dan batu nisam itu bermaksud bagi kehidupan pengguna jalan yang berisiko mengalami kemalangan disebabkan jalan itu.

Selepas viral gambar tersebut, pihak berkuasa yang bertanggungjawab telah membaik pulih jalan itu untuk tutup dan baiki semula lubang tersebut dalam masa 12 jam. Sebuah rakaman disiarkan di aplikasi Facebook Brotherhood Shah Alam menunjukkan bahawa lubang itu telah diperbaiki.

Komen warganet

“MPK hurrmmm cuba makcik buka payung tepi jalan, laju jer sampai” – Dania Daniel Darwisy

“Terima kasih pada team2 macam ni..kalau x,x ada siapa peduli” – Sha Khailina

“Terbaikkk ni namanya menjaga nyawa org awan adik ni the best.. korg contohi adik ni.. demi keselamatan nyawa semua cepat lah depa buat keja.. kalau x berbulan lah jalan tu lubangnya x ditampal.” – Sarimah Ahmad

“Boleh pulak cepat, ingat nak kena lalu birokrasi bagai berbulan-bulan baru siap kajian.” – Jamaal Creyshev

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress