Seperti juga manusia, setiap haiwan juga sudah pasti mempunyai perasaan rindu apatah lagi apabila sudah lama terpisah dengan saudara mara ataupun sahabat baik. Terkecuali dengan pasangan bercinta iotu sudah lain cerita.
Bila terserempak atau berjumpa, mesti terasa mahu memeluk orang yang kita rindu setelah lama terpisah.
Sebuah Video tiktok perkongsian seorang pemuda yang dikenali sebagai @rul_purba amat menarik perhatian sehingga mendapat 4.1juta tontonan dan lebih 381.8k tanda suka.
Video menayangkan kelibat dua ekor monyet yang dipelihara mungkin bersaudara atau mungkin kawan yang sudah lama terpisah. Dan mungkin juga kedua-dua ekor monyet ini diambil oleh
pemilik yang berbeza mengakibatkan perpisahan.
@rul_purba Rindu
Jika dilihat kedua-duanya seperti tidak dapat menahan rasa rindu yang teramat dan berpelukan.
Rata-rata netizen juga meninggalkan komen yang agak kelakar dan seronok melihat gelagat dua ekor monyet tersebut.
“Mereka ingin Bebas”
“Rindu Itu sakit, rindu itu perih, rindu itu air mata” – Seperti lirik lagu dah komen ni 🙂
“Disini kita dapat menilai binatang juga mempunyai perasaan sayang”