Dato’ Ismail Sabri sah sebagai Perdana Menteri kesembilan negara Malaysia

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakub sebagai perdana menteri baru menggantikan Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatannya pada Isnin lalu.

“Sehubungan dengan itu dan selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob (Ahli Parlimen Bera) sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

“Proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan pada 21 Ogos 2021 (Sabtu), jam 2.30 petang,di lstana Negara,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini ,

Februari tahun lalu Istana Negara menjadi tumpuan ahli politik yang berpusu-pusu membuat ‘rombongan’ untuk menamakan calon Perdana Menteri ketika itu.

Masih menjadi tumpuan atas alasan yang sama, namun ‘kemeriahanannya’ kini sedikit malap.

Tiada lagi ‘pesta’ politik

Semalam, kesemua anggota Dewan Rakyat telah diarahkan oleh Istana Negara untuk menghantarkan surat akuan secara bertulis bagi menamakan calon Perdana Menteri yang bakal menggantikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber, banyak nama yang menjadi sebutan, antaranya Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob yang telah mendapat sokongan daripada 42 orang Ahli Parlimennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta PAS.

Ketua parti pembangkang, Dato’ Sri Anwar Ibrahim juga antara persona yang menjadi calon sekiranya beliau dapat membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya.

Bagaimanapun, Presiden Parti Pejuang Tanah Air, Datuk Seri Mukhriz pula sedia mempertimbangkan Ismail, Anwar mahupun Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai pengemudi kerajaan baharu.

Sempat menghadap Sultan Johor

Tanggal 13 Ogos lalu, Ismail Sabri sempat menghadap Sultan Johor selepas permintaan tersebut diperkenan oleh Baginda.

Pertemuan yang berlansung selama sejam itu dirakam dan dimuatnaik oleh Baginda di akaun Facebook rasmi miliknya pada hari yang sama.

Bagaimanapun tujuan pertemuan tersebut masih kekal misteri selepas tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat oleh kedua-dua pihak.

Segalanya masih kekal rahsia dan menjadi tanda tanya selepas pertemuan di Istana Negara semalam.

Tiada jawapan yang tepat yang dapat disahkan buat masa ini, sehingga jam 4 petang nanti.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress