Latar Belakang Datuk Seri Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob merupakan seorang ahli politik Malaysia yang menjadi ahli Parlimen Bera dari UMNO, Barisan Nasional dan kini menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke sembilan. Beliau yang dilahirkan pada tanggal 18 Januari 1960, merupakan pemegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan bermula pada 10 Mac 2020 sebelum dilantik oleh Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu pada tanggal 7 Julai 2021.
Ismail Sabri juga merupakan seorang bekas Menteri Kabinet dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah manakala di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden UMNO.
Baca juga :Tahniah! Dato Seri Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Lelaki Awal Subuh Tadi
Ismail Sabri telah mendirikan perkahwinan bersama Datin Sri Muhaini Zainal Abidin pada tahun 1986 serta dikurniakan empat cahaya mata yang terdiri daripada tiga orang lelaki dan seorang perempuan. Mungkin rata-rata rakyat di Malaysia sudah maklum, Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 5 iaitu sebuah rancangan realiti berbentuk hiburan yang kini menjadi seorang penyanyi adalah anak bongsu kepada pasangan ini.
Selain itu, anak sulung beliau Datin Nina Sabrina pula merupakan isteri kepada dengan pereka fesyen terkenal, Dato’ Jovian Mandagie.
Pendidikan
Untuk Pendidikan, Ismail Sabri telah memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Bangau pada tahun 1967 yang kemudiannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Air Putih Kuantan pada tahun 1973 dan juga di Sekolah Menengah Teknik Kuantan Pahang pada tahun 1976. Beliau mengambil kelas tingkatan enam di Jaya Akademik sebelum menyambung pula pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di Fakulti Undang-undang Universiti Malaya pada tahun 1980.
Penglibatan Dalam Politik Datuk Seri Ismail Sabri
JAWATAN DALAM KERAJAAN:
2008-2009 : Menteri Belia dan Sukan
2009-2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Kepenggunaan
2013-2015 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
2015-2018 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
2020-2021 : Menteri Kanan (Keselamatan)
Timbalan Perdana Menteri
JAWATAN DALAM POLITIK:
1987 : Ahli Jawatankuasa UMNO Temerloh
1988 : Ketua Penerangan UMNO Temerloh
1993 : Ketua Pemuda UMNO Temerloh
2001 : Timbalan Ketuan Bahagian UMNO Temerloh
2004 : Ketua Bahagian UMNO Temerloh
2019 : Ketua Pembangkang
2018 hingga kini : Naib Presiden UMNO
WAKIL RAKYAT : 2004 hingga kini : Ahli Parlimen Bera & Ketua Bahagian UMNO Bera
Ismail Sabri telah banyak menyumbang dan mengusahakan program seperti mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia, jihad memerangi orang tengah, MARA Digital, dan juga program membandarkan luar bandar.
Beliau boleh dikatakan seorang figura yang simple dalam segala perkara dimana sikapnya yang mesra, ramah serta mudah didekati membuatkan kehadirannya sentiasa mendapat sambutan masyarakat, ini yang boleh dilihat pada kaca mata umum.
Walupun begitu, beliau tidak lari daripada kejadian beberapa kontroversi contohnya seperti seruan boikot, Law Yat 2, pembatalan penajaan Universiti Taylor, vape dan rokok elektronik. Kenyataan beliau pada 13 April 2018 juga menimbulkan kontroversi apabila beliau telah menyatakan yang setiap undian DAP adalah sama seperti memberi kuasa kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan hak keistimewaan Melayu serta keunikan agama Islam. Apapun kontroversi yang berlaku, semua itu tidak menjadi
satu halangan atau penyebab kepada beliau untuk dipilih menjawat jawatan Perdana Menteri Kesembilan. Sumbangan dan perjuangan Ismail Sabri selama tiga dekad dalam dunia politik amat berkesan.
Pemerhati politik melihat beliau merupakan satu-satunya calon yang layak bagi mengisi jawatan Perdana Menteri Kesembilan. Faktor keperibadian beliau merupakan elemen utama beliau terpilih disamping beliau juga menjarakkan dirinya daripada terbabit dengan kumpulan kleptokrasi yang menyebabkan UMNO kalah teruk pada PRU14 sedikit masa dahulu. Ismail Sabri berjuang dengan tegas dalam senyuman serta kekal dengan prinsip perjuangan demi rakyat.
Semoga Malaysia akan menjadi semakin maju dan stabil di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia ke-9.