Pembukaan tahun 2022 yang suram buat pelakon Anita Baharom apabila kehilangan suami tercinta pada 1 Januari 2022 yang lalu Allahyarham Mohd Ismadi Ismail, 50, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kencing manis .
Anita turut berkongsi berita duka tersebut di laman instagramnya atas pemergian arwah Mohd Ismadi yang juga bekas wartawan dan penerbit program Astro. Arwah suaminya telah berbelas tahun menghidap penyakit kencing manis .
Hasil perkahwinan selama 16 tahun bersama arwah suami , mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Terbaru,tidak habis tempoh edah lagi Anita dikatakan telah ‘melanggar’ dimana sepatutnya tempoh edah tersebut adalah selama 4 bulan 10 hari.
“Dua teman rapat menawarkan diri untuk menjaga anak-anak jika saya sibuk dengan penggambaran. Saya perlu kembali bekerja kerana saya adalah ayah dan ibu kepada anak-anak. Jika ada yang mengecam saya kerana melanggar tempoh edah, terpulanglah.Jika saya tidak keluar bekerja, siapa yang akan memberi makan dan melangsaikan komitmen bulanan saya,” Katanya
Tambah Anita lagi , “Bukan tidak reda di atas ujian diberikan, dia mengakui sukar untuk melupakan arwah suaminya, Mohd Ismadi Ismail.Setiap hari arwah akan membuat air milo untuk dia dan menyediakan sarapan jika Anita tidak berkesempatan’.
Terbaru , Anita memaklumkan berlakon kembali dalam drama baru setelah hampir tiga tahun menyepi dari industri hiburan yang bakal ditayangkan mulai 14 februari dalam drama Tentuan Ang dan Rahimin di saluran Astro Ria .