Kekurangan fizikal bukanlah penyebab tidak boleh melakukan kerja-kerja berat atau seperti orang lain.
`Hendak seribu daya, taknak seribu dalih’
Sebuah Video menarik telah dikongsikan oleh pengguna TikTok bernama @adyputrarumapea2 yang menunjukkan seorang lelaki yang mempunyai kekurangan kudung sebelah tangan memecah keringat dengan mengangkat buah kelapa sawit ke dalam lori.
Video ini sedikit sebanyak telah memberikan pengajaran kepada semua supaya jangan mengeluh ketika berada dalam keadaan payah dan kesusahan, sebaliknya jangan berputus asa dan teruskan usaha tanpa mengharapkan pertolongan daripada orang lain.
Menerusi video menarik yang telah dipaparkan itu, tampak kesungguhan pemuda tersebut mengangkat buah kelapa sawit yang besar dan berat ke dalam lori itu dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja demi mencari rezeki yang halal.
Sejak video ini menjadi tular ianya telah mendapat hampir sejuta tontonan.
@adyputrarumapea2 demi sesuap nasi #hidup di perantauan
Para Netizen yang menonton mendoakan pemuda itu agar sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.