Wanita mana yang tidak mahu mempunyai zuriat keturunan sendiri, pastinya ia adalah suatu impian. Namun perjalanan yang diimpikan terkadang tidak semudah yang difikirkan. Begitulah yang berlaku terhadap pasangan youtubers Alief Irfan & Isterinya Bella yang sering mendapat pertanyaan dan kata-kata yang menyakitkan hati apabila mereka masih tidak dikurniakan anak setelah hampir dua tahun berkahwin.
Bella dikatakan menghadapi depresi teruk apabila acapkali dipersoalkan tentang anak dan ada hingga menikam jiwa sebagai seorang perempuan apabila dikatakan mandul dan sangat tidak beruntung memiliki Bella .
Suatu ketika viral video dalam sebuah majlis, Bella dikatakan meluahkan emosi yang berat kepada ibu dan mertuanya terhadap kegagalannya dalam memberikan zuriat buat Alief sekeluarga setelah hampir 2 tahun berkahwin.
View this post on Instagram
Berkat dua tahun bersabar, akhirnya Bella berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini berbadan dua.Akui Bella,setiap kali lewat period beliau akan merasa kecewa kerana masih gagal untuk mengandung dan mengalami depresi akibat cemuhan terlampau dari segelintir pihak.Melalui sebuah majlis hari jadi secara kecil-kecilan, Alief juga tidak terlepas mendapat kejutan dari isteri mengenai berita kehamilan Bella.
View this post on Instagram
Alief dilihat berteriak menangis memeluk isterinya seakan tidak percaya berita tersebut. Alief bersyukur atas kurniakan rezeki zuriat dan pastinya tidak sabar untuk bergelar ayah tidak lama lagi.
Baca : Ustaz Perubatan Islam Pecah Rahsia Ikhtiar Wanita Haid Tidak Teratur dan Cyst
Cepat atau Lambat, Allah pasti bagi . Sabarlah
Mendapat 2 juta tontonan sejak di kongsi berita tersebut di Insta Story ,pengikutnya juga tumpang bahagia dengan berita tersebut dan senantiasa mendoakan yang baik-baik buat Bella .Tiada ucapan lain, hanya mohon Bella menjagakan kandungan sebaiknya.-onviral
Kredit ; Insta bellestrelle