Detik Cemas Mata Anak Tak Boleh Buka Angkara Gam 3 Saat

Di mana ada ibu , disitu ada anak sebagai peneman dalam melakukan rutin kerja seharian dirumah.Bukan tidak boleh akan tetapi ada bahaya yang jarang atau terkadang kita terleka sesaat dua boleh mendatangkan bahaya pada anak kita.

Menerusi perkongsian seorang doktor yang menerima panggilan kecemasan , seorang kanak-kanak matanya dipercayai terkena gam 3 saat yang boleh didapati di kedai Mr.Diy.

MATA KANAK-KANAK BERUSIA 2 TAHUN TERKENA GAM 3 SAAT 

Pada satu malam hari minggu, menerima panggilan dari jabatan kecemasan. Seorang budak 2 tahun terkena gam 3 saat(yg banyak jual dekat Mt.DIY tu). Habis satu muka kene katanya, mata tak boleh bukak langsung. Hmmm…pertama kali ni dapat kes macam ni. Lantas pesakit diarahkan datang ke wad mata untuk diperiksa.
Sejarah pesakit diambil dari ibunya, Ketika si ibu melakukan kerja di rumah, dia panjat kerusi nak pasang hiasan pada rumahnya. Anaknya girang bermain di kerusi ibunya, memegang kerusi tak nak ibunya jatuh. Tanpa sedar gam 3 saat yang dipegang ibu tertumpah ke bawah dan terkena pada seluruh muka anaknya. Allahuakbar, pantas ibu membasuh muka anaknya dan dibawa terus ke hospital. Namun gam 3 saat memang susah nak hilang,terkena kulit tangan kita pun ia cepat mengeras dan sangat sukar dicuci, apatah lagi kena pada kulit muka dan mata.
Ketika melakukan pemeriksaan, matanya cuba dibuka, bulu mata semua dipotong kerana semuanya melekat antara satu sama lain. Namun kekuatan gam itu benar-benar terbukti, tiada hasil. Kedua-dua belah kelopak mata melekat atas dan bawah. Usaha diteruskan dengan meletakkan gel petroleum khas untuk mata,kami berikan masa untuk ibu sapukan sepanjang malam dan tengok semula esok berkesan atau tidak.
TIP HILANGKAN KESAN GAM PADA KULIT
Selepas disapu vaseline petroleum
      Selepas disapu vaseline petroleum
***antara tips hilangkan kesan gam ini pada kulit ialah dengan basuhan air suam + sabun atau gunakan gel petroleum(seperti Vaseline). Tapi sebab dekat mata, kami gunakan yang khas dibuat untuk mata supaya tidak pedih jika termasuk dalam mata.
Keesokannya, si ibu datang dengan wajah muram. Mata anaknya masih tidak terbukak. Gam pada pipi dan muka nampak menipis dan tertanggal, namun pada matanya sama sahaja. Perkara ini tidak boleh dibiarkan lama, kerana kanak-kanak jika dibiarkan kedua-dua mata tertutup pada tempoh yang lama, ia boleh menjadi punca kepada mata malas, mengakibatkan penglihatan yang kurang sempurna seumur hidupnya.
Keputusan dibuat untuk melakukan pembedahan secara bius penuh, keluarga setuju. Alhamdulillah, dalam dewan bedah lebih mudah untuk buang gam pada matanya, kerana pesakit sudah tidak meronta-ronta. Ada kecederaan pada dalam mata juga kerana gam tersebut masuk ke dalam matanya , tak sempat anak itu nak tutup mata sebab tiba-tiba tertumpah atas mukanya. Alhamdulillah pesakit semakin sembuh
********************************************************************
Sebagai peringatan bersama, perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malang tidak berbau. Sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerja dengan gam gajah/gam 3 saat(superglue) terutama apabila ada kanak-kanak disekeliling.
*Gambar pesakit sebenar, keizinan lisan telah diambil dari ibu pesakit untuk peringatan bersama
Pegawai Perubatan Oftalmologi

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress