Semua manusia di dunia dilahirkan dalam keadaan fizikal yang masing-masing adalah berbeza-beza. Tidak semuanya sama, ada yang sempurna dan ada juga yang kurang sempurna sebagai contoh cacat penglihatan, bisu, tiada kaki atau tangan atau kedua-duanya dan lain-lain lagi.
Perkara ini tidak membataskan seseorang itu untuk beribadah kepada Allah walaupun dilahirkan kurang sempurna tidak seperti insan yang lain yang sempurna sifat,. Malah ada yang menunaikan urusan ibadah ini lebih sempurna berbanding manusia normal.
Muhammad Asyid Abu Bakar, seorang pemuda yang berumur 27 tahun cacat penglihatan sejak lahir lahir. Walaubagaimanapun kecacatan tersebut tidak membuatkan dia patah semangat dan putus harapan hidup. Muhammad Asyid berjaya mengecapi kejayaan paling manis apabila berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Muhammad Asyid yang merupakan bapa kepada seorang anak ini dikatakan sudah membaca Al-Quran sejak dari bangku sekolah lagi dimana dia sudah diajar membaca kitab suci ini oleh seorang guru insan normal yang celik penglihatan dengan menggunakan Al-Quran Braille.
Selepas tamat pengajian di madrasah tempatan, Muhammad Asyid menyambung pengajiannya di Madrasah An-Noor For The Blind, yang terletak di Afrika Selatan. Sepanjang pengajiannya di Afrika Selatan, dia telah di tanggung sepenuhnya oleh madrasah tempatan berkenaan.
Muhammad Asyid Abu Bakar akhirnya berjaya menghafal kesemua surah yang ada dalam kitab suci Al-Quran selepas 5 tahun pengajiannya. Dia sering dijemput untuk menjadi imam terutamanya pada bulan Ramadan. Pada masa yang sama Muhammad Asyid akan menjadi pengajar untuk anak-anak tahfiz.
Muhammad Asyid Abu Bakar mempunyai hasrat untuk membuka sebuah Mahaad Tahfiz di Ipoh yang dibuka khas kepada pelajar buta yang berminat. Mari kita doakan agar hasratnya ini akan tercapai bantuan dan juga sokongan orang ramai.