Dijual 1.2 Juta, Siapakah Pemilik Baru Banglo Mewah Shuk Sahar?

Tak sampai 24 jam pelakon Shuk Sahar membuat pengumuman untuk mencari pembeli rumah banglo miliknya, kini rumah yang terletak di Denai Alam,Shah Alam sudah pun mempunyai pembeli.Menerusi live tiktok nya sebelum ini,Shuk berkata dia terpaksa menjual rumah tersebut  kerana memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.

“Alhamdulillah, rumah banglo saya sudah ada pembeli dan telah bayar wang pendahuluan. Kalau boleh saya malas nak cerita panjang.

Macam saya beritahu dalam Live di Tiktok sebelum ini, saya memerlukan wang untuk buat perkara baru .Sayang memanglah sayang,tapi saya risau tak mampu nak menanggung komitmen.Jadi sebelum dilelong,baik saya jual.

Duit yang saya dapat nanti boleh saya bayar hutang dan cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN)

Ditanya mengenai kerjaya seninya sekarang,Shuk memberitahu jika diberikan peluang untuk beliau bekerja semula dalam industri, dia mahu kembali.

baca ; Lepas Kereta Masuk Longkang,Kini Shuk Sahar Terpaksa Jual Rumah Untuk Hidup

“siapa tak nak kerja kan ? Kalau ada peluang,saya nak kembali kerja dalam industri.”katanya

Terdahulu Shuk memberitahu dia menjual rumah banglonya kerana mengalami masalah kewangan dan memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan selepas kontroversi curang yang terpalit dalam rumahtangganya sejak beberapa tahun lalu.-onviral

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress