Seperti yang kita sudah maklum, pihak kerajaan telah membenarkan dine-in (makan di restoran) di negeri-negeri Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 20 Ogos 2021 yang lalu. Akan tetapi, agak ramai juga suara-suara yang berkongsi rasa tidak puas hati terhadap keputusan ini. Ramai orang meluahkan pendapat walaupun rata-rata rakyat sudahpun selesai divaksin penuh, ada baiknya mereka tetap kekal duduk di rumah serta mengelak untuk dine-in dimana-mana restoran. Kemudahan ini diberikan kepada individu yang sudah lengkap 2 dos vaksin (negeri-negeri fasa 1 sahaja).
Walaupun begitu, ramai juga yang mengambil kesempatan dari kelonggaran ini untuk tidak melepaskan peluang membawa anak-anak serta keluarga ke restoran menjamu selera dan menikmati kebebasan setelah lama berada dalam keadaan Kawalan pergerakan.
Makan malam di luar sebelum persekolahan anak-anak bermula
Pelakon Nora Danish dan suaminya Boss ned turut sama menikmati kelonggaran yang telah diberikan. Nora dilihat telah memuatnaik sebuah foto di Instagram bersama keluarganya sedang berada di sebuah restoran dengan kapsyen yang berbunyi;
“Dinner out with the boys before school starts (Makan malam bersama anak-anak sebelum sessi persekolahan bermula)”- tulisnya.
Persoalan netizen ini sekaligus mendapat perhatian daripada suami Nora iaitu Nedim Sujak yang lebih dikenali sebagai boss Ned. Mungkin kerana geram dengan komen-komen yang tidak berasas tersebut, teguran keras telah diberikan oleh Boss ned. Boss ned menyatakan yang tindakan yang dilakukannya itu tidak salah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pemerhatian pada ruangan komen gambar tersebut menunjukkan Bos ned membalas dengan kenyataan netizen.
Ini adalah antara luahan netizen dalam ruangan komen gambar tersebut.
“Allah beri otak untuk fikir. Bila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN) bagi pengumuman rajinlah membaca”.
“Kalau malas baca dan bodoh, jangan komen… Masuk ke laman web MKN dan sila baca. Kanak-kanak bawah 17 tahun harus pengawasan ibu bapa. Sekian,” Boss ned membalas menerusi satu komen salah seorang netizen.
Ia adalah terpulang kepada orang ramai samada mahu membawa keluarga keluar untuk makan di restoran dengan harapan agar SOP yang telah ditetapkan mestilah wajib diikuti dengan baik dan berhati-hati.
Sumber : Instagram Nora Danish