Bila kita tengok yang buat aktiviti harian tiba tiba berhenti seketika demi melakukan tuagasan yang disuruh olehnya iaitu menunaikan solat tapi secara berjemaah adalah satu pemandangan yang sangat menenangkan hati dan indah.
Situasi ini yang yang terjadi daripada sebuah video yang dikongsikan oleh seorang peninju duni yang terkenal atau dikenali Badou Jack yang menunaikan solat secara berjemaah bersama Mike Tyson sebelum memulakan latihan harian mereka.
Rakaman itu telah viral di sosial media serta menjadi topik semasa dunia sejak dikongsikan sehari yang lepas.
Caption yang ditulis oleh Bodou Jack, beliau mengatakan sangat teruja kerana berpeluang untuk menunaikan solat fardhu bersama sahabatnya Mike Tyson dan diimamkan oleh seorang peninju juga.
Beberapa keberadaan orang yang berada di situ juga melihat mereka mendirikan kewajipan di tempat berkenaan dan terlihat seperti berada di sebuah cafe.
Menurut komen yang diterima daripada laman Instagram, rata warganet mengucapkan rasa bersyukur dan kagum melihat mereka solat secara berjemaah walaupun mereka sibuk dengan aktiviti harian.
Admin minta jangan dipersoalkan tentang imamnya, setiap mazhab ada caranya. Kita sebagai saudara muslim harus memberi semangat untuk Mike Tyson mendalami Islam.