Disebalik Tabir Babak Nangis, Dynas Terhibur Perut Buat ‘Perangai’ Tak Dijangka

Meskipun telah menginjak ke usia 40 tahun, kecantikan natural aktres terkenal, Dynas Mokhtar sering meraih pujian peminat. Dari awal muncul dalam dunia hiburan sejak dulu, mutu lakonannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi sama ada ketika membawa watak antagonis mahupun protagonis.

Tengah shooting drama Melayu tapi ada ‘benda’ lain lebih kelakar

Turut aktif di laman media sosial TikTok, bagaimanapun perkongsiannya baru-baru ini telah berjaya menghiburkan netizen. Difahamkan saat itu dia sedang shooting drama Melayu di sebuah kawasan parking kereta. Bersungguh-sungguh menjiwai babak sedih sehingga berjaya menitiskan air mata, tanpa disangka-sangka ada pula ‘benda’ lain yang mencuri perhatian.

Apa hal perut goyang macam ni? Tak tahu mane lagi sedih…Tengok perut ke tengok air mata mengalir

Ketika berselang-seli mengawal nafas, secara tak semena-mena perutnya turut bergoyang sekali tanpa henti. Oleh kerana bajunya dimasukkan ke dalam skirt lalu dikemasnya dengan tali pinggang, ia semakin menampakkan pergerakan perutnya yang sedang ‘bergegar’ laju sehingga hujung lakonan.

Video :

@dynasmokhtar Tak tahu mane lagi sedih… tengok perut ke tengok airmata mengalir… ? #fypシ #fyp #dynasmokhtar #tiktokmalaysia #dynas #tiktokdynas #dramamelayu ♬ original sound – motivasi_fiqsam

Mata nak nangis tapi perut buat lawak pula…Aku kalau gelak perut macam tu juga

Melihat caranya cuba menyorokkan ‘getaran’ tersebut, ramai netizen akui merasa lucu dengan kecomelan aktres berkenaan. Selain itu, ada juga yang berkata mereka turut mengalami benda sama apabila sedang ketawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *