Diskaun Sehingga 70% untuk Saman JPJ, Sempena Bulan Kemerdekaan 2021
Makluman berita baik kepada seluruh rakyat Malaysia. Diskaun sehingga 70% akan bermula Mulai 18 Ogos 2021 ini telah ditawarkan oleh JPJ bagi pembayaran saman. Tawaran diskaun saman kepada orang ramai ini adalah bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia 2021.
Sila baca maklumat lanjut dibawah tentang tawaran pengurangan 70% saman JPJ bagi bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2021.
Langkah Mendapatkan Diskaun Saman JPJ 70% (Mulai 18 Ogos 2021)
Pembayaran saman JPJ boleh dibuat melalui saluran-saluran seperti dibawah:
-
- Semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan & UTC
- Kiosk JPJ
- Portal MySikap
Orang ramai adalah digalakkan untuk membayar saman mereka secara online melalui Portal MySikap bagi mengelakkan kesesakan di kaunter JPJ.
Baca Juga: Cara Memperbaharui Roadtax Di Pejabat Pos Bermula 9 OGOS 2021(Cukai Jalan Kereta & Motor)
Cara Membuat Semakan Saman JPJ
Anda boleh membuat semakan saman JPJ secara online seperti dibawah:
-
- Sila layari Portal Rasmi JPJ di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
- Sila tekan pada butang Pilihan Carian & pilih sama ada anda ingin membuat semakan mengikut:
- Sila masukkan No ID anda
- Sila masukkan No ID & No Kenderaan
- Sila pilih Kategori ID dan masukkan Kod Sekuriti yang dipaparkan.
- Anda boleh lihat Saman JPJ anda dipaparan skrin sekiranya ada.
Anda juga boleh membuat semakan serta pembayaran melalui Portal MySikap JPJ. KLIK DISINI
Cara Membuat Pembayaran Saman & Memohon Diskaun 70% (2021)
Sila ikuti langkah dibawah Untuk membuat pembayaran saman online melalui MySikap:
-
- Sila Layari Portal MySikap https://public.jpj.gov.my/public/login.
- Sekiranya anda mempunyai ID, anda boleh login seperti biasa tetapi jika masih belum, sila klik log masuk untuk kali pertama.
- Selepas berjaya login, sila pilih menu Kesalahan & Penalti.
- Sila tekan pada butang ‘Cari‘ untuk melihat saman anda (jika ada).
- Saman anda akan dipaparkan pada skrin. Anda boleh lihat pada status kompaun, jika boleh dikompaun bermakna boleh dibayar.
- Sila klik pada kotak kecil, untuk mengetahui paparan jumlah saman.
- Sila pilih kaedah pembayaran anda.
- Anda sudah boleh membuat pembayaran serta meneruskan proses pembayaran sehingga selesai.
- Sila Tekan butang ‘Teruskan‘ & masukkan nombor TAC sampai berjaya.
- Setelah proses pembayaran selesai, resit pembayaran akan dipaparkan.
Anda boleh rujuk langkah-langkah bergambar seperti di bawah:
LANGKAH 1: LOG MASUK
LANGKAH 2: PILIH MENU KESALAHAN & PENALTI
LANGKAH 3: LIHAT BUTIRAN SAMAN
Sekiranya anda mahu menyemak serta memnuat pembayaran saman bagi pihak orang lain , Sila pilih no kad pengenalan lain disebelah kanan.
LANGKAH 4: BUTIRAN SAMAN
LANGKAH 5: PILIH KAEDAH PEMBAYARAN
LANGKAH 6: TERUSKAN PEMBAYARAN
Maklumat Lanjut
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi kaedah seperti dibawah :h
Laman web rasmi : https://public.jpj.gov.my/
Hotline JPJ : 03 8000 8000.