Semak Diskaun Saman Trafik PDRM 50% Disember Ini!

Semak Diskaun Saman Trafik PDRM 50% Disember Ini!

Berita baik bagi semua penguna jalan raya di Malaysia. Terdapat beberapa buah negeri menawarkan diskaun bayaran saman.

Diskaun Saman Trafik Disember 2021

1) Perlis

Tarikh diskaun : 1- 5 Disember 2021

Pengurangan 50% Untuk Semua Jenis Saman Kecuali :

  1. Saman kemalangan
  2. Tidak Boleh Dikompaun (NC)
  3. Saman dalam perbicaraan
  4. Saman berstatus waran thun semasa / status mahkamah
  5. Saman berkaitan lori

Kaedah Pembayaran

Bagi mendapatkan potongan saman ini 50%, pengguna perlu membuat bayaran secara manual di semua kaunter JSPT IPK Perlis, Arau dan Padang Besar.

2) Sarawak

Bermula 01 hingga 14 Disember 2021 seluruh Kontinjen Sabah akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8:30 pagi hingga 3:00 petang (waktu pejabat).

 

Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

    • Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
    • Lorong Kecemasan
    • Potong Secara Memberhaya
    • Potong di Garisan Berkembar
    • Kemalangan
    • Dalam Perbicaraan
    • Tidak Boleh Kompaun
    • Kesalahan Berkaitan Lori
    • Pengubahsuaian Ekzos

Pastikan anda mengamalkan penjarakan sosial dan memakai Face Mask semasa berurusan di Kaunter Pembayaran.

3) Kelantan

Tarikh : 15 – 30 November 2021

Bermula 15 hingga 30 November 2021 seluruh Kontinjen Kelantan akan membuka kaunter diskaun saman trafik dari jam 8.30 pagi hingga 4:00 petang (waktu pejabat).

Diskaun 50% untuk semua jenis saman KECUALI :

    • Tidak Patuhi Lampu Isyarat Merah
    • Lorong Kecemasan
    • Potong Secara Merbahaya
    • Potong di Garisan Berkembar
    • Dalam Perbicaraan
    • Tidak Boleh Kompaun
    • Kesalahan Berkaitan Lori
    • Pengubahsuaian Ekzos

4) Pahang

PDRM Kontinjen Pahang akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 22 November sehingga 6 Disember 2021 ( Kecuali Sabtu dan Ahad ).

Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh negeri Pahang.

5) Negeri Sembilan

PDRM Kontinjen Negeri Sembilan akan melaksanakan tawaran diskaun tawaran pengurangan 50% bayaran saman PDRM di semua kaunter saman PDRM seluruh Kontinjen Pahang bermula 29 November sehingga 8 Disember 2021.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjelaskan saman-saman trafik PDRM (diskaun tertakluk kepada terma dan syarat) di mana-mana kaunter trafik di seluruh Negeri Sembilan.

6) Kedah

Diskaun Saman Trafik di Kedah

Tarikh: 6-8 Disember 2021

Untuk semua jenis saman KECUALI:

    • Tidak patuh lampu isyarat
    • Lorong kecemasan
    • Potong secara merbahaya
    • Potong di garisan berkembar
    • Kemalangan
    • Dalam perbicaraan
    • Tidak boleh kompaun
    • Kesalahan berkaitan lori
    • Pengubahsuaian ekzos

7) Perak

Kaunter semakan dan bayaran Saman Trafik PDRM Perak tawaran diskaun 50% akan dibuka pada ketetapan berikut:

Waktu Operasi:

    • Isnin hingga Khamis : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
    • Jumaat : 9.00 pagi – 4.00 petang (Rehat 12.00 t/hari – 2.30 petang)

Lokasi : Semua Kaunter Saman Trafik PDRM Perak

Saman yang BERKECUALI untuk tawaran diskaun 50% :

    • Saman Kemalangan Tahun 2021
    • Saman Tidak Boleh Kompaun (NC)
    • Saman Berstatus Bicara Mahkamah (’m’)
    • Saman Berkait Kenderaan M/Lori (‘β’)
    • Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/ Potong ‘Q’ Tahun 2021
    • Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
    • Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
    • Saman Kesalahan Potong Di Garisan Berkembar Tahun 2021
    • Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan (’ë’)

Semua orang awam dinasihatkan ke Kaunter saman Bahagian Siasatan dan Penguatkuatsaan Trafik Daerah terdekat untuk semak dan cetak saman yang ingin dibayar.

Pembayaran melalui Kad Kredit/ Debit adalah sehingga 24 Disember 2021 sahaja.

Cara Semakan Saman Online

Perkhidmatan digital, MyBayar Saman yang baru dilancarkan ini dapat memudahkan pengguna membayar saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian.

Langkahnya cuma perlu mendaftar sebagai pengguna dan selepas itu anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan yang ditawarkan seperti membuat semakan saman dan pembayaran secara atas talian.

Untuk membuat semakan sama ada anda mempunyai saman tertunggak atau saman trafik yang berkenaan, sila layari pautan https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.

Info Lanjut Diskaun Saman

Untuk maklumat lanjut berkaitan diskaun ini, sila rujuk laman Facebook rasmi PDRM negeri masing-masing.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress