Dividen telah dikreditkan: Ini senarai amanah saham harga tetap selain ASB

Mungkin anda sudah maklum yang para pemegang unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah menerima agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun 2021.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak hanya mengendalikan ASB, tetapi pelbagai lagi Amanah Saham Harga Tetap.

Di bawah merupakan antara amanah-amanah saham harga tetap di bawah ASNB.

Anda boleh layari ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahui berita-berita semasa dan permohonan bantuan terkini Malaysia.

Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Objektif utama ASB 2 adalah bagi menjana pulangan jangka panjang yang konsisten, di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran. Prestasi ASB 2 sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 6.00 (2019), 4.75 (2020) dan 4.25 (2021).

Kelayakan ASB 2:

    • Berstatus Bumiputera
    • Akaun Dewasa:
        • Individu Bumiputera warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
        • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dari keturunan atau kategori berikut:
        • Keturunan Siam/Thai
        • Keturunan Portugis/Eurasian
        • Mualaf
    • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah).

Amanah Saham Bumiputera 3-didik (ASB 3 DIDIK)

Objektif utama ASB 3 DIDIK adalah untuk memberikan peluang pelaburan yang mampu menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan. Prestasi ASB 3 DIDIK sebelum ini yang berakhir pada 30 Jun adalah 4.85 (2019), 4.25 (2020) dan 4.25 (2021).

Kelayakan ASB 3 DIDIK:

    • Bumiputera
    • Akaun Dewasa:
        • Individu Bumiputera warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
        • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dari keturunan atau kategori berikut:
        • Keturunan Siam/Thai
        • Keturunan Portugis/Eurasian
        • Mualaf
    • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah).

Amanah Saham Malaysia (ASM)

ASM bertujuan memberikan peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang-pemegang unit untuk menjana pulangan yang kompetitif serta yang berterusan melalui pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan. Prestasi ASM sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 5.50 (2019), 4.25 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM:

    • Individu Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 WAWASAN)

ASM 2 WAWASAN telah diwujudkan dan diperkenalkan untuk memberikan kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unitnya menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan. Prestasi ASM 2 WAWASAN sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 5.00 (2019), 4.00 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM 2 WAWASAN:

    • Individu yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

ASM 3 mempunyai matlamat untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Prestasi ASM 3 sebelum ini yang berakhir pada 31 September adalah 5.00 (2019), 4.00 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM 3:

    • Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

Cara Melakukan Pendaftaran & Melabur

Untuk melakukan pendaftaran dan melabur di bawah ASNB, pemohon perlu mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB.

Senarai dokumen-dokumen penting yang perlu untuk pendaftaran adalah seperti di bawah:

    • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan;
    • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.

Anda juga boleh melakukan pendaftaran secara atas talian (online) dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:

    1. Sila muat turun aplikasi myASNB melalui App Store, Google Play, atau App Gallery
    2. Sila lakukan pendaftaran dan pengesahan Identiti;
    3. Selepas itu anda sudah oleh mula melabur.

NOTA : Pelaburan permulaan adalah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB.

Maklumat Lanjut

Sila rujuk pautan untuk membaca maklumat lanjut berkenaan amanah-amanah saham di bawah ASNB – KLIK DI SINI

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress