Doa dalam islam

Apabila kita makan atau minum tanpa berdoa, syaitan akan menumpang bersama-sama kita.

Akibatnya, makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya.

Syaitan sentiasa menghasut untuk menimbulkan keraguan, ketakutan, kerakusan dan lain-lain rasa yang negatif dalam hati.

Inilah adalah punca kejahatan, kegelisahan dan kegagalan dalam kehidupan seseorang.

Jadi, hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalang syaitan dari sentiasa mendampingi kita.

Jika kita berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi saranan atau input yang baik-baik ke dalam hati kita.

Kesannya bagi manusia yang sentiasa didampingi malaikat, ianya akan lebih terkawal dari segi kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya.

Oleh sebab itu berdoalah, insyaaAllah malaikat akan hampir, syaitan pula akan menjauhi.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress