Doa Iftitah Dalam Solat Yang Kita Kerjakan Seharian

Doa Iftitah Dan Maksudnya

Doa Iftitah merupakam doa yang disunatkan dibaca semasa permulaan solat. Iftitah secara khususnya bermaksud pembuka. Doa ini dibaca dalam mana-mana solat yang fardhu dimana hukum membacanya adalah sunat iaitu jika tidak melakukanya, tidak perlu untuk kita melakukan sujud sahwi.

doa iftitah

 

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah.

Maha Suci Allah pagi dan petang.

Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam.

Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.

 

doa iftitah

Banyak kelebihan doa ini jika kita mengamalkannya dengan membacanya dahulu sebelum memulakan solat fardhu. Walaupun pun doa ini tidak wajib dibaca tetapi kelebihannya adalah salah satu pertambahan pahala dalam doa serta solat kita. Doa Iftitah selalunya akan ditinggalkan sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan yang kelam kabut atau mengejar masa, tetapi adalah lebih baik jika ianya dibaca tetapi melihat kepada situasi yang berlaku kepada seseorang. Subhanallah.

Baca juga : Doa Dhuha : Pecahkan kesukaran dengan doa hebat ini

Hukum Membaca Doa Iftitah 

Wajibkah Baca Doa Iftitah ketika Solat Fardu dan Solat Sunat?

Seperti yang telah dimaklumkan dalam pengenalan, doa iftitah adalah ‘sunat‘ serta boleh dibaca semasa solat fardu dan juga solat sunat. Jika anda tidak membaca doa ini pun solat yang kita kerjakan tidak akan batal. Membaca doa ini setelah takbiratul Ihram sebenarnya merupakan satu tuntutan dari Nabi SAW. Doa Iftitah merupakan satu bentuk pujian, sanjungan serta ungkapan yang membawa pengertian mengagungkan Allah SWT.

Walaupun kebanyakan para ulama telah menyatakan yang membaca doa ini hanyalah sunat dan tidak membatalkan solat jika tidak dibaca, akan tetapi bagi kita atau sesiapa yang ingin sebenar-benarnya mengikut sunnah Nabi SAW serta mempraktikkan suruhannya maka lebih elok jika kita tidak mengabaikan doa iftitah ini.

Maksud doa iftitah ini juga diketahui sebagai pengakuan kelemahan diri kita manusia ciptaan Allah SWT dan permohonan untuk mendapatkan perlindungan dari Allah. Ia meliputi hal-hal lain yang berkaitan dengan akhlak baik dan buruk dalam kehidupan manusia. Adalah penting bagi kita untuk mengetahui maksud doa iftitah ini secara jelas dan mendalam. Membaca doa ini mungkin boleh menjadi dijadikan satu daripada amalan baik yang dapat menambah timbangan pahala bagi sesiapa pun yang melakukan.

Secara asasnya :

    • Doa ini dibaca pada rakaat pertama sahaja kecuali jika terlupa. Boleh diabaikan tetapi digalakkan dibaca.
    • Iftitah dibaca setelah Takbiratul Ihram dan sebelum surah Al Fatihah.
    • Jika seorang lupa membaca doa ini pada rakaat pertama maka boleh membacanya di rakaat kedua.
    • Bagi makmum masbuq maka dibolehkan untuk tidak membacanya.

Kesimpulan

Doa iftitah ini dapat membuka pintu langit. Seperti kita sebagi umat islam maklumi, Allah SWT telah membuat pintu-pintu di langit yang direntang pada waktu tertentu dimana ia senantiasa dapat terbuka dan tertutup. Andai pintu langit terbuka, maka Allah Swt akan mengabulkan semua doa hamba-hamba-Nya.

Salah satu waktu pintu langit terbuka adalah semasa kita membaca doa ini dalam solat. Mungkin setelah mengetahui keutamaan dan keajaiban doa ini,  kita menjadi lebih bersemangat untuk menjalankan ibadah solat fardhu  lima waktu tepat pada waktunya. Begitu juga semasa melakukan solat sunat.

Jadi, sangat penting untuk kita memastikan solat kita ialah solat yang kemas dan berkualiti. Salah satu darinya ialah dengan mengamalkan amalan-amalan sunat seperti membaca doa iftitah.

Baca juga : Jangan Berkira Ketika Membantu Adik Beradik, Rezeki Kita Sebenarnya Berkat Doa Persaudaraan!

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress