Doa qunut adalah antara bacaan yang seringkali ketika dalam solat subuh dan solat witir. Malah, setiap dari kita memang di galakan untuk sentiasa mengamalkan bacaan Qunut kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan fadhilatnya buat kita sebagai umat islam. Justeru itu, tidak hairanlah kenapa kita perlu mengamalkanya bukan sahaja ketika di dalam solat.
Apa Hukum Membacan Doa Qunut?
Bagi hukum membaca doa qunut para ulamak berbeza penadapat. Namun begitu, Imam Syafi’e berpendapat bahawa bacaan qunut dalam solat subuh merupakan sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan.
Jadi, jika kita tertinggal atau terlupa untuk membaca doa qunut, kita di sunatkan untuk melakukan Sujud sahwai
Lafaz Doa Dan Maknanya
أَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْمَنْ هَدَيْتَ, وَعَافِنِيْ فِيْمَنْ عَافَيْتَ, وَتَوَلَّنِيْ فِيْمَنْ تَوَلَّيْتَ, وَبَارِكْ لِيْ فِيْمَا أَعْطَيْتَ, وَقِنِيْ شَرَّ مَا قَضَيْتَ, فَإِنَّكَ تَقْضِيْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْك وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ, تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ وَصَلَّى اللهُ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.
Jenis-Jenis Qunut Yang Perlu Kita Tahu
Sebenarnya, ada 3 jenis qunut yang perlu anda tahu. Antaranya ialah:
- Qunut Solat Subuh
- Qunut Witir
- Qunut Nazilah
Baca Juga: BSN Online : Bagaimana menggunakannya?
Maksud Doa Qunut Solat Subuh
Qunut solat subuh adalah, qunut yang di bacakan pada solat subuh selepas bangun dari rukuk pada rakaat kedua.
Maksud Doa Qunut Witir
Qunut Witir dibaca pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadhan
Maksud Doa Qunut Nazilah
Nazilah dari segi bahasa bermaksud suatu keadaan yang mencemaskan dan terdesak. Manakala, dari segi istilah, ia bermaksud suatu keadaan bencana yang menimpa ke atas umat Islam.
Qunut Nazilah dibacakan sele[as ruku pada rakaat terakhir solat. Hukumnya sunat haiah yang mana jika terlupa dan tertinggal, tidak perlu sujud sahwi.
Mungkin ramai antara kita yang tidak mengetahui, qunut Nazilah mempunyai 3 cara cara bacaan. Caranya ialah:
- Membacanya sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
- Membacanya sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
- Membaca Qunut subuh dan diikuti dengan Qunut Nazilah
Qunut Mempunyai Banyak Kebaikan
Kesimpulanya, Qunut bukan sahaja sebagai satu doa yang kita baca dalam solat kita. Tetapi juga, ia mempunyai bermacam kebaikan terutama sekali jika kita membacanya di dalam solat. Justeru itu, sebagai umat islam kita seeloknya mempelajari cara bacaan doa qunut yang betul fahami maksud di sebalik doa qunut
Ada kemusykilan mengenai agama dan mahu mencari jawapan yang betul?? Pergi sahaja ke Portal Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan