Doa Qunut
“Qunut” merujuk kepada doa atau doa khusus yang dibuat semasa solat (Solat) dalam Islam, terutamanya dalam solat Witir, yang merupakan solat terakhir malam. Berikut adalah teks doa dalam bahasa Arab dan terjemahan.
“Allah humah dini fiman hadait. Wa’a fini fiman ‘afait. Watawallani fiman tawalait. Wabarikli fimaa a’tait. Waqinii syarramaa qadhait. Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik. Wainnahu layadziluman walait. Walaa ya’izzuman ‘adait. Tabaa rakta rabbana wata’alait. Falakalhamdu ‘ala maaqadzait. Wa astaghfiruka wa atubu Ilaik. Wa sallahu ‘ala saidina. Muhammadinin nabiyil ummiyi. Waala aalihi wasahbihi wassalam.”
Maksudnya: “Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah. Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan. Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu. Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.”
Anda mungkin mahu baca: Lakukan Kesilapan Dalam Solat, Pemuda Ajar Cara Lakukan Sujud Sahwi Dengan Betul
Hukum membacanya
Menurut mazhab Syafie dan Maliki, membaca doa qunut dalam solat hukumnya adalah sunnah. Sedangkan menurut Imam Nawawi dalam Kitab Al-Adzkar menjelaskan bahawa hukumya sunat muakkad dan disyariatkan dalam Islam. Jika tidak membacanya ketika subuh, solat subuh tetap sah kerana membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat.
Waktu bilakah doa ini dibaca?
Doa qunut dibaca dalam solat subuh iaitu sebelum sujud di rakaat terakhir. Secara tepatnya dalam posisi berdiri sewaktu iktidal. Bila kita menunaikan solat subuh secara berjemaah dan berimam, imam dianjurkan untuk menguatkan suara ketika membaca doa qunut. Sedangkan untuk solat bersendirian, ia tidak perlu.
Anda boeh juga baca: WIRID & DOA SELEPAS SOLAT (Panduan Rumi Serta Audio)