Drama sangat weyh. Drama bertajuk Suamiku Pendosa lakonan Aaron Aziz dan Gambit Saifullah yang memegang watak utama sedang ditayangkan di slot samarinda tv3 bermula 9 Feb 2022 menggantikan Kau Cipta Kasih. Drama bersiri 28 episod ini adalah adaptasi dari novel ‘Imamku Lelaki Pendosa’ karya Umie Nadzimah , terbitan Global Station Sdn Bhd, diarahkan oleh Eyra Rahman, nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar, Siti Jasmina dan Ctna Marzuki.
Dalam drama ini, Aaron Aziz sebagai Dean Illyas mempunyai sejarah hitam dimana homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis dengan pasangan pelakon Gambit Saifullah sebagai Izfairin. Dean akhirnya bersetuju untuk berkahwin atas pilihan keluarganya dengan Cahaya dengan harapan segala kisah silam Dean terkunci rapi dan tidak terbongkar.Manakala Cahaya pada ketika itu sedang berusaha menerima takdir putus tunang gara-gara identiti terbongkar dan dihina anak tidak sah taraf oleh bekas tunangnya.
Dalam pada itulah , Cahaya berjumpa dengan Dean yang dianggap penyelamat keadaan pada ketika itu dan setelah berterus terang dengan Dean tentang situasi dirinya. Dean akhirnya bersetuju untuk berkahwin dan merahsiakan akan tetapi mendapat tentangan dari rakannya Izfairin.
Dalam plot twist cerita yang sedang ditayangkan , adegan-adegan berpelukan di antara Aaaron dan Gambit mencetuskan pelbagai reaksi di ruangan komen dan pautan berkaitan. Ada yang memberikan reaksi mencuit ,geli geleman dan tak kurang juga berasa jijik dengan aksi-aksi yang boleh dikategorikan 18sx yang sepatutnya ditayangkan di media yang tidak terbuka.
Sebahagian komen mengulas , drama seperti ini mula mencucuk seperti jarum dan lama kelamaan diterima dalam kalangan masyarakat. Ia sebuah drama yang berat untuk ditonton oleh anak-anak berusia 18 tahun dan ke bawah kerana pengaruh cerita ini jika tidak perhalusi dengan lebih positif akan menjerumus pemikiran yang jauh tersasar dari realiti.
Suamiku Pendosa pencetus dan penanda aras tahap penonton menerima jenis drama sebegini, dimana ia seperti menormalisasikan suatu budaya yang tidak harus ada dalam masyarakat kita. Kita sekeras-kerasnya menolak segala bentuk perkataan dan perbuatan yang menunjukkan budaya tidak sihat .
View this post on Instagram
Drama ini boleh dianggap soft porn, dimana adegan lembut bersentuhan antara lelaki dan lelaki yang boleh ditiru dan dianggap perkara biasa dan tidak boleh diterima dalam masyarakat.Ada pelbagai cara lain lagi untuk memberikan pengajaran namun mengapakah adegan-adegan panas juga yang dilakukan.Adakah penerbit dan stesen tv ketandusan idea ?
Jadi anda , adakah salah seorang penonton drama ini ? Semoga dihujung drama ini memberikan impak dan pengajaran yang akan diingati dan bukannya adegan-adegan tidak sepatutnya yang dijadikan trend kini. Itu yang merisaukan. -onviral
baca : Hidap Tumor, Aaron Aziz Tangguh Pembedahan,Lebih Pentingkan Kerja Dari Kesihatan.