10 Drama Melayu Mira Filzah Paling Romantik

Nama yang kini menjadi bualan ramai. Beliau seorang yang bertuah kerana sering mendapat perwatakan yang berbeza setiap drama dan drama beliau pasti mendapat perhatian. Tidak hairan, jika beliau kini dianggap pelakon pilihan setiap pengarah drama. Apa lagi jom baca drama melayu Mira Filzah.

Dalam tribute kepada Mira Filzah, admin menyenaraikan drama Mira Filzah yang meletop di tv.

Biodata Mira Filzah

Nur Amirah Filzah Badioezaman, beliau lahir pada 2 April 1993 dan merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia. Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai “Malaysia’s ultimate girl’s next door”.

Drama Yang Dilakonkan Oleh Mira Filzah

1. Cinta Si Wedding Planner (permulaan popular) 

Cinta Si Wedding Planner ialah sebuah siri drama televisyen melodrama romantik Malaysia 2015 arahan Along Kamaludin, diadaptasi daripada novel 2015 bertajuk sama karya Dhiyana, dibintangi oleh Adi Putra dan Mira Filzah. Drama ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016 menggantikan Akulah Balqis. Cinta Si Wedding Planner boleh didapati melalui penstriman dalam talian di Netflix.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Megat Danish atau Danny (Remy Ishak), seorang playboy ysng sudah insaf bercadang untuk memulakan hidup baru bersama kekasihnya, Nadine (Sarah Hildebrand).

Namun semasa hari pernikahan Danny, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi yang bernama Rizqi (Aydeen Mikael) yang diletakkan di ruang legar masjid berserta kad ucapan dan sijil kelahiran.

Setelah kejadian itu, Nadine segera membatalkan perkahwinan mereka apabila Danny gagal menjawab mengenai misteri gerangan bayi tersebut. Malah, Danny juga perlu bertanggungjawab ke atas bayi tersebut! Danny terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga bayi tersebut sementara dia menyiasat siapakah bapa kandung kepada bayi tersebut.

Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah) , seorang pelajar universiti yang ditimpa masalah kewangan. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara yang ‘pokai’ terima tugasan sebagai pengasuh demi menyara pengajiannya.

Danny berbohong dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang duda yang sudah kehilangan isteri. Malah, kisah di sebalik kemunculan bayi itu juga dirahsiakan daripada pengetahuan Tiara.

Tanpa disedari, bibit-bibit cinta antara mereka mula berputik, dalam masa yang sama Danny masih dalam usaha menjejak siapa sebenarnya.

Barisan Pelakon

    • Remy Ishak (Megat Danish)
    • Mira Filzah (Tiara)
    • Sarah Hildebrand (Nadine

2. Ketupat Palas Mr Handsome – Drama Melayu Mira Filzah

Ketupat Palas Mr Handsome ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2016 yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 23 Jun 2016 hingga 22 Julai 2016. Drama melayu Mira Filzah arahan Yeop Hitler Zami ini dibintangi oleh Fattah Amin dan Mira Filzah. Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3 .

Meh Sandar Pada Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Emi Suffian, di bintangi oleh Aliff Aziz, dan Mira Filzah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 26 Februari 2017 mengantikan Cinta Roller Coaster.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.

Barisan Pelakon
    • Mira Filzah sebagai Ayu
    • Fattah Aminz sebagai Kruz
    • Aisya Hasnaa sebagai Natasha
    • Eyka Farhana sebagai Umi
    • Marisa Yasmin sebagai Maryam
    • Shah Sulaiman sebagai Joe (PA Kruz)

3. Meh Sandar Pada Aku 

Meh Sandar Pada Aku ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Emi Suffian, di bintangi oleh Aliff Aziz, dan Mira Filzah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 26 Februari 2017 mengantikan Cinta Roller Coaster.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneem sedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.
Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.
Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.
Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.
Barisan Pelakon
    • Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
    • Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan
    • Jaja Iliyes sebagai Aleesya
    • Redza Rosli sebagai Adam Naufal
    • Asyraf Aley sebagai Syed Emir
    • Raja Ema sebagai Juhara

4. Meh Sandar Lagi – Drama Melayu Mira Filzah

Meh Sandar Lagi ialah sebuah siri drama melayu Mira Filzah di televisyen Malaysia 2017 arahan Kyoll Hamzah, dibintangi oleh Mira Filzah, dan Aliff Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 28 Ogos 2017 menggantikan Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin.

Drama ini merupakan sekuel/sambungan kepada drama Meh Sandar Pada Aku.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Menggantikan Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang telah berakhir minggu lalu, Tv3 bakal menyajikan penonton setianya dengan sebuah lagi drama bersiri menari bertajuk “MEH SANDAR LAGI” bagi mengisi Slot Akasia.

Untuk pengetahuan, Meh Sandar Lagi merupakan kesinambungan drama Meh Sandar Padaku yag pernah bersiaran beberapa bulan lalu. Berikutan menerima sambutan hangat dari penonton, Tv3 menghadiahkan sekuel kepada drama ini buat penonton yang masih tidak puas menyaksikan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah.

Drama terbitan Zeel production dan diarahkan oleh Kyoll Hamzah ini hanya bersiaran sebanyak 8 episod dan dibarisi pelakonpelakon seperti Aliff Aziz, Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada, Alicia Amin.

Barisan Pelakon 

    • Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
    • Aliff Aziz sebagai Dr Syed Nadzhan
    • Haliza Misbun sebagai Syarifah Aleya
    • Aishah Ilias sebagai Mastura
    • Asyraff Aley sebagai Syed Emir
    • Nada Syuhada sebagai Salwa

tonton drama melayu 

5. Lelaki Kiriman Tuhan 

Lelaki Kiriman Tuhan merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 adaptasi novel dengan tajuk yang sama karya Umie Nadzimah. Siri arahan Rashid Sibir dan merupakan terbitan Zeel Production. Ia dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Drama ini disiarkan Slot Raihana di Astro Oasis bermula 1 Oktober 2018 sehingga 28 Januari 2019.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.

Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.

Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.

Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?

Barisan Pelakon

    • Remy Ishak sebagai Iqbal Raid
    • Mira Filzah sebagai Naira
    • Kartina Aziz sebagai Umi
    • Rozita Che Wan sebagai Kak Bed
    • Isyariana Che Azmi sebagai Zeenat
    • Uyaina Arshad sebagai Maryam
    • PU Azman sebagai Che Muiz

6. Rahsia Hati Perempuan

Rahsia Hati Perempuan ialah sebuah drama televisyen romantik Malaysia 2018 arahan Michael Ang. Dilakonkan oleh Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 14 Mei 2018 menggantikan Mr. Grey.

drama melayu mira filzah

Sinopsis

Mengangkat kisah cinta, persahabatan, dan pengorbanan. Ilaina, Zayn dan Mikael, merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Tiga sekawan ini terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara.

Menginjak dewasan, Zayn dan Mikael terbang ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Di sana, Ilaina dan rakannya, Arissa menyelamatkan Mikael serta Zayn yang tersesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu Arissa mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.
Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.
Barisan Pelakon
    • Hisyam Hamid sebagai Zayn
    • Mira Filzah sebagai Ilaina
    • Fikry Ibrahim sebagai Mikael
    • Uqasha Senrose sebagai Arissa
    • Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
    • Eina Azman sebagai Ayra

7. Pujaan Hati Kanda 

Pujaan Hati Kanda ialah sebuah penulis novel kelahiran Malaysia, Aulia Iman. Novel ini diterbitkan pada tahun 2016 oleh Karya Seni. Ini antara drama melayu Mira Filzah yang paling top.

Sinopsis

Mengisahkan Megat Danish/Danny (Remy Ishak), seorang playboy yang sudah insaf dan mahu membina kehidupan baru.

Namun ketika hari pernikahannya, dia menerima sebuah ‘hadiah’ iaitu seorang bayi yang diletakkan di ruang legar masjid bersama kad ucapan dan sijil kelahiran. Calon isterinya, Nadine (Sarah Hildebrand) enggan meneruskan pernikahan mereka selagi misteri kehadiran bayi itu tidak terungkai. Majlis pernikahan dibatalkan dan Danny perlu bertanggungjawab ke atas bayi itu. Danny terpaksa mencari pengasuh yang sudi menjaga Rizqy (Aydeen Mikael) sementara dia menyiasat siapa sebenarnya ibu kepada Rizqy dan benarkah Rizqy itu anak kandungnya.

Dalam kesulitan, Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah), pelajar universiti yang kesempitan wang ringgit. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara hanya mengetahui Danny adalah seorang duda yang kematian isteri.

Tanpa diduga, cinta mula berputik antara Danny dan Tiara. Dalam masa yang sama, Danny masih berusaha menjejak gadis misteri demi sebuah kebenaran dengan apa cara sekalipun sekali gus membongkar misteri yang membelenggu hidupnya.

Barisan Pelakon 
    • Remy Ishak sebagai Megat Danish (Danny)
    • Mira Filzah sebagai Tiara
    • Sarah Hildebrand sebagai Nadine
    • Syazwan Zulkifly sebagai Pali
    • Elisya Sandha sebagai Reena
    • Dian P Ramlee sebagai Datin Puteri Aisyah

8. Sweet Dreams – Drama Melayu Mira Filzah

Sweet Dreams ialah sebuah siri drama melayu Mira Filzah di televisyen tahun 2019 arahan Micheal Ang. Dibintangi oleh Mira Filzah, dan Ben Amir. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 5 Ogos 2019 menggantikan Setelah Terlafaznya Akad

Sinopsis

Puteri seorang gadis bisu yang diberi gelaran Ratu Kelam Kabut atau ‘Minah Clumsy’ sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil. Habis semua tiang dan dinding dilanggar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang.

Qash Adam seorang pelukis selalu mendapat mimpi tentang kejadian buruk yang bakal menimpa. Kesengsaraan dialami pada zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. Anugerah yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban.

Dihina, difitnah dan dicaci kerana dikatakan mempunyai kuasa magis membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan baginya. Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Ia datang dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun, kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar.

Barisan Pelakon

    • Mira Filzah sebagai Putri Nasuha
    • Ben Amir sebagai Qash Adam
    • Sean Lee sebagai Carl
    • Nina Juren sebagai Puan Laila
    • Michael Ang sebagai Uncle Wong

9.  Adella Sofea

Adellea Sofea merupakan sebuah siri drama televisyen romantik Malaysia 2019 arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 6 Disember 2019 menggantikan Setelah Ku Dimiliki.

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3

Sinopsis

Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Adellea Sofea yang telah jatuh cinta terhadap seorang lelaki tampan bernama Firdaus (dilakonkan Ungku Ismail Aziz). Pada permulaannya, Adellea ingatkan perkahwinannya akan memberi kebahagian, sebaliknya perkara tidak diingini berlaku.
Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.
Barisan Pelakon
    • Mira Filzah sebagai Sofea
    • Ungku Ismail Aziz sebagai Firdaus
    • Jasmine Suraya sebagai Suzie
    • Bella Dally sebagai Iliya
    • Fizo Omar sebagai Ikram

10. Bidadari Kiriman Tuhan – Drama Melayu Mira Filzah

Bidadari Kiriman Tuhan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Rashid Sibir dibintangi oleh Mira Filzah, Zul Ariffin, dan Zarina Zainuddin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 25 Ogos 2020 menggantikan Pelindung Seorang Puteri.

Sinopsis

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis,seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja seorang autism. Manis Sihaila dan Manja Suhana hidup bersama mak dan nenek mereka yang sakit.

Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh. Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf, hubungan adik beradik itu mula tergugat.

Manis dan Yusuf merancang untuk melangsungkan pernikahan. Suria yang tergilakan Yusuf menghasut Manja untuk menghalang perkahwinan mereka. Manja memaksa Manis untuk memilih antara dia atau Yusuf.

Barisan Pelakon

    • Mira Filzah sebagai Cikgu Manis / Manja
    • Zul Ariffin sebagai Cikgu Yusof
    • Adlin Aman Ramlie sebagai Ikram
    • Ruminah Sidek sebagai Nenek
    • Fauziah Nawi sebagai Kalsom
    • Maisara Sufia sebagai Suria

tonton drama melayu paling romantik 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *