20 Drama Melayu Romantik Komedi Wajib Ditonton

Bila bercerita tentang drama melayu, pasti banyak perkara yang membuat anda terkenang-kenang sehingga adakalanya boleh membuatkan anda tersenyum sendiri mahupun menitiskan air mata berkali-kali semasa menonton drama tersebut. Apatah lagi lakonan daripada barisan lakonan yang mantap membuatkan penonton tidak boleh duduk diam tatkala menanti episod seterusnya.

Sudah pasti banyak momen indah yang ingin diulangi semula kan? Oleh itu, OnViral akan rangkumkan kepada anda Drama Melayu Romantik Komedi yang akan menjadi igauan buat semua penonton dan yang paling penting kebanyakkannya drama-drama ini diadaptasikan dari novel.

Untuk makluman semua, drama melayu tv3 / astro ini menjadi trending bukan sahaja kerana jalan cerita, populariti novel malah pemilihan pelakon utama turut memainkan peranan penting dalam menjayakan drama yang dilakukan.

20 Drama Melayu Romantik Komedi Wajib Ditonton

1. Drama Melayu : Pujaan Hati Kanda

Untuk makluman, Pujaan Hati Kanda merupakan sebuah drama bersiri pada tahun 2018 yang dibintangi oleh Mira Filzah dan Remy Ishak. Drama ini diadaptasi daripada novel karya Aulia Iman. Drama bersiri ini mula ditayangkan di Slot Akasia Tv3 dari 20 Disember 2018 hingga 28 Januari 2019.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Megat Danish atau Danny (Remy Ishak), seorang playboy ysng sudah insaf bercadang untuk memulakan hidup baru bersama kekasihnya, Nadine (Sarah Hildebrand).

Namun semasa hari pernikahan Danny, beliau dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi yang bernama Rizqi (Aydeen Mikael) yang diletakkan di ruang legar masjid berserta kad ucapan dan sijil kelahiran.

Setelah kejadian itu, Nadine segera membatalkan perkahwinan mereka apabila Danny gagal menjawab mengenai misteri gerangan bayi tersebut. Malah, Danny juga perlu bertanggungjawab ke atas bayi tersebut! Danny terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga bayi tersebut sementara dia menyiasat siapakah bapa kandung kepada bayi tersebut.

Danny dipertemukan dengan Tiara (Mira Filzah) , seorang pelajar universiti yang ditimpa masalah kewangan. Danny merahsiakan perkara sebenar mengenai identiti bayi itu. Tiara yang ‘pokai’ terima tugasan sebagai pengasuh demi menyara pengajiannya.

Danny berbohong dengan memperkenalkan dirinya sebagai seorang duda yang sudah kehilangan isteri. Malah, kisah di sebalik kemunculan bayi itu juga dirahsiakan daripada pengetahuan Tiara.

Tanpa disedari, bibit-bibit cinta antara mereka mula berputik, dalam masa yang sama Danny masih dalam usaha menjejak siapa sebenarnya ibu Rizqi.

Barisan Pelakon

    • Remy Ishak (Megat Danish)
    • Mira Filzah (Tiara)
    • Sarah Hildebrand (Nadine)

2. Drama Melayu : Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen arahan Jamal Khan yang dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose. Drama ini sarat dengan konflik menyentuh perasaan serta mencuit hati.

Kisah seorang cucu kepada Tan Sri yang tergila-gilakan bekas ketua gengster menjadi paparan, bagaimanapun konflik mereka dilihat lebih menarik apabila diterjemahkan. Drama ini ialah adaptasi daripada sebuah novel dengan judul yang sama karya E-man Sufi, terbitan Pena Creative Sdn Bhd.

Sinopsis 

Ahmad Ziyad Iskandar Foo (Sharnaaz Ahmad) yang juga dikenali sebagai Jebat, merupakan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina yang telah dibesarkan oleh ketua gengster selepas ibu bapanya dibunuh.

Selepas satu peristiwa berlaku, Jebat mula insaf dan mendalami ilmu agama untuk melupakan kisah silam yang lampau. Sikap tenang, rajin dan baik hati yang dipamerkan sewaktu berhijrah, menarik minat adik ipar majikannya, Hannah Mastura (Nelydia Senrose) yang terpaut hati dan ingin memilikinya.

Mastura mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian Jebat, meskipun tidak diendahkannya.

Manakan tidak, Jebat tidak terlintas di fikirannya seorang gadis cantik, bijak dan kaya seperti Mastura mempunyai hati terhadap lelaki biasa sepertinya.

Mereka bagaimanapun mengakhiri perhubungan yang terjalin sebagai pasangan suami isteri.

Namun, bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila satu per satu dugaan menyusul untuk menguji sejauh mana kesetiaan hubungan mereka.

Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan Jebat dan Mastura? Sama-sama kita saksikan.

Barisan Pelakon

    • Sharnaaz Ahmad (Ahmad Ziyad Iskandar Foo)
    • Nelydia Senrose (Hannah Mastura)
    • Iqram Dinzly (Aryan)
    • Adeline Tsen (Airen)

3. Drama Melayu : 30 Pesanan Suara

30 Pesanan Suara ialah siri drama televisyen Malaysia arahan Pali Yahya terbitan Suhan Movies & Trading. Drama ini dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan Saharul Ridzwan.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang tiga sekawan yang sangat rapat, Iman, Syafira dan Izman. Pada suatu hari, alam sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan antara Syafira dan Iman, Syafira telah tersalah hantar pesanan suara kepada rakan lelakinya, Izman yang sepatutnya dihantar kepada tunangnya, Iman. Namun, jodohnya tidak berpanjangan apabila Iman meninggal kerana serangan asma dan lemas di kawasan air terjun beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan mereka.

Disebabkan telah jatuh cinta dengan keayuan dan kelembutan Syafira melalui mesej yang disampaikan melalui pesanan suara tersebut, Izman telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Syafira demi rasa sayang dan tanggungjawab untuk menjaga Syafira.

Barisan Pelakon

    • Hannah Delisha (Syafira)
    • Shukri Yahaya (Izman)
    • Saharul Ridzwan (Iman)

4. Drama Melayu : Adellea Sofea

Adella sofea ini merupakan drama di slot Akasia TV3. Drama ini bersiaran mulai 6 Disember 2019 sebanyak 28 episod arahan Shahrulezad Mohameddin, dibintangi oleh Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz.

Bagi admin, ini antara drama melayu 2019 yang paling menarik pernah ditonton.

Sinopsis

Mengisahkan tentang Adellea Sofea (Mira Filzah), seorang pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana yang amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita. Adellea Sofea yang telah jatuh cinta terhadap seorang lelaki tampan bernama Firdaus (Ungku Ismail Aziz). Pada awal cerita, Adellea ingatkan perkahwinannya akan memberi kebahagian, sebaliknya perkara tidak diinigni berlaku.

Selepas berkahwin, Adellea baru dapat tahu bahawa Firdaus merupakan seorang penagih dadah. Firdaus juga akhirnya bertindak ganas dan cuba untuk menamatkan riwayat isterinya sendiri.

Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan Adellea Sofea dan Firdaus?Sama-sama kita saksikan.

Barisan Pelakon

    • Mira Filzah (Adella Sofea)
    • Ungku Ismail Aziz (Firdaus)
    • Jasmine Suraya (Suzie)
    • Bella Dally (Iliya)
    • Fazlina Ahmad Daud  (Dr. Fauziah)

5. Drama Melayu : Curi-Curi Cinta

Curi-Curi Cinta adalah sebuah drama yang ditayangkan di Slot MegaDrama Astro Ria mulai April 2019. Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama. siti Rosmizah merupakan penulis novel tersebut. Drama ini dibintangi oleh Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza, Fauziah Nawi dan Talha Harith.

Sinopsis

Kisah Intan Raihana (Zahirah MacWilson) dilahirkan dalam keluarga yang susah. Intan malu dengan keadaan keluarganya, apatah lagi ibunya, Puan Asmah (Fauziah Nawi), seorang yang buta disebabkan sebuah kemalangan maut. Ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan tersebut, dia pula membenci abangnya, Iskandar (Talha Harith) yang didakwanya sebagai punca kemalangan tersebut.

Terpaut dengan kekayaan Daniel Hakim (Aiman Hakim Ridza), Intan merancang untuk memikat hati Daniel apatah lagi bila mengetahui Daniel adalah kekasih sepupunya, Fariza (Uyaina Arshad). Intan sanggup melakukan pelbagai cara untuk merampas Daniel Hakim daripada Fariza. Namun begitu, hati Daniel Hakim sudahpun terkunci untuk Fariza.

Daniel akhirnya diperangkap dan terpaksa disatukan dengan Intan. Daniel rasa tertipu pada perkahwinan mereka dan mahu membalas dendam. Dia mula mengatur rancangan untuk memberi pengajaran kepada Intan. Perbuatan Daniel itu telah menghancurkan impian Intan selama ini. Disitulah Intan mula sedar dan berubah setelah diuji dengan banyak dugaan.

Apabila Intan disahkan mengandung, perasaan sayang mula berputik. Namun ego membatasi segalanya. Hati Intan telah mati untuk Daniel lalu meninggalkan Daniel. Daniel terus mencari Intan untuk memujuk Intan kembali.

Apakah yang terjadi pada hubungan perkahwinan Intna dan Daniel? Sama-sama kita saksikan.

Barisan Pelakon

    • Aiman Hakim Ridza (Daniel Hakim)
    • Zahirah Macwilson (Intan Raihana)
    • Fauziah Nawi (Puan Asmah)
    • Talha Harith (Iskandar)
    • Uyaina Arshad (Fariza)

6. Drama Melayu : Dia Menantu Rahsia

Dia Menantu Rahsia merupakan siri drama televisyen yang dibintangi oleh Raysha Rizrose, Ashraf Muslim dan Syazuwan Hassan. Diadaptasi daripada novel 2015 dengan judul yang sama oleh Indah Hairani terbitan Buku Prima. Drama ini mula ditayangkan di Slot Akasia TV3 mulai 29 Januari 2019 hingga 7 Mac 2019.

Sinopsis

Pertunangan antara Zamer dengan Doktor Suraya telah merobek hati Melissa. Apatah lagi pertunangan itu atas permintaan ibu Zamer sendiri. Kerana mahu merawat hati yang kecewa, Melissa membawa diri ke Kuala Lumpur. Pertemuan antara Melissa dengan Syakir di Kuala Lumpur telah mengubah keseluruhan hidup mereka.

Semuanya bermula dengan permintaan tidak diduga daripada Syakir yang merupakan pemilik Book Cafe tempat Melissa bekerja. Syakir telah melamar Melissa kerana rasa terpanggil untuk melindungi Melissa dari terus menjadi mangsa kekasaran Zamer. Syakir juga tidak mahu fikirannya dibebani dengan permintaan ibunya, Puan Sarah yang inginkan dirinya menerima cinta Engku Kamelia. Lamaran daripada Syakir diterima Melissa semata-mata mahu melarikan diri daripada Zamer yang terus mengejar cintanya.

Mungkinkah wujud rasa bahagia dan cinta di hati mereka? Dapatkah kehadiran Melissa diterima dalam keluarga Syakir? Sama-sama kita saksikan.

Barisan Pelakon

    • Ashraff Muslim (Syakir)
    • Raysha Rizrose (Melissa)

7. Drama Melayu : Tuan Danial

Tuan Danial ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 arahan Idora Abdul Rahman, dibintangi oleh Idris Khan sebagai watak tajuk dan dibintangi bersama oleh Intan Najuwa. Diadaptasi dari novel 2016 dengan tajuk yang sama karya Azizah Ami, drama ini bersiaran di Slot Lestari TV3 dari 9 Ogos 2019 hingga 6 September 2019.

Sinopsis

Tengku Ismahanim nekad untuk menyamar sebagai pembantu rumah semata-mata untuk mengenali lebih dekat jejaka yang bernama Danial. Ia gara-gara tindakan keluarga Tengku Ismahanim yang mahu menjodohkannya dengan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

Cabaran yang perlu dilalui kini ialah bekerja sebagai maid walhal dia sendiri tidak ‘pakar’ dalam hal ehwal kerja rumah. Lantas ia membawa masalah buat Danial dalam menangani isu seorang maid yang serba tidak tahu skop tugasannya.

Adakah cinta akan berputik di antara mereka? Mari sama-sama kita saksikan!

Barisan Pelakon

    • Idris Khas (Tuan Danial)
    • Intan Najuwa (Tungku Ismahanim)

8. Drama Melayu : Dia Semanis Honey

Dia Semanis Honey ialah sebuah drama bersiri Malaysia arahan Hadith Omar. Ia diadaptasi daripada novel Dia Semanis Honey karya Dila Dyna.Drama ini telah mendapat sambutan hangat di Malaysia. Pada 1 Mei 2020 Hingga 22 Mei 2020 drama ini ditayangkan ulangan di Slot Tiara saluran Astro Prima.

Sinopsis

Sikap taat sebagai seorang anak membuatkan Ahnaf menerima pertunangan yang diaturkan, meskipun Hani tidak terbuka untuk menerima ikatan itu. Mereka yang sering berbalah akhirnya menyimpan perasaan sesama sendiri.

Ketika hampir disatukan, muncul pula Ariana yang menjadi sempadan, lalu Hani ditinggalkan Ahnaf. Tiga tahun berlalu, sekembalinya Ahnaf mendapati Hani sudah ditemani Adam di sisi, manakala Ahnaf pula sedang bertemankan Bella.

Jurang pemisah antara ‘sahabat’ mungkin hanya lafaz di bibir, namun di hati siapa yang tahu kan? Mungkinkah pertemuan semula itu mampu menyatukan dua hati yang terpisah atau mereka perlu akur dengan satu lagi babak perpisahan?

Barisan Pelakon

    • Aliff Satar (Ahnaf Wafiy)
    • Siti Nordiana (Hani Safira)
    • Hairul Azreen (Adam Hazrul)
    • Hafeez Mikhail (Hanafi)

9. Drama Melayu : Isteri Tuan Ihsan

Isteri Tuan Ihsan ialah sebuah drama adaptasi novel karya Sara Kyoko.

Sinopsis

Seroja Irdina, seorang gadis remaja yang membesar di kota. Hidupnya nampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan penuh barangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Barisan Pelakon

    • Aaron Aziz (Tuan Ihsan)
    • Amyra Rosli (Seroja Irdina)
    • Harris Baba (Dr. Zaim)

10. Drama Melayu : Duda Terlajak Laris

Duda Terlajak Laris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Idris Khan, Zara Zya dan Wawa Zainal. Diadaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Aifa Batrisya, siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 11 April 2016 hingga 24 Mei 2016.

Sinopsis

Mengisahkan Zafran Aldrin (Zack) disuruh bernikah diusia 18 tahun. Ini semua bermula dari satu insiden menukar sebiji mentol, perangkap yang dibuat oleh Pehah, adik angkat Bob sahabatnya. Demi menjaga air muka tok ayah sebagai imam masjid kampung. Zack menikahi Pehah pada usia yang muda.

Selepas kejadian itu Zack telah melarikan diri dan meninggalkan Pehah tanpa pesan ibarat gantung tak bertali. Zack mengambil keputusan untuk lari ke Australia dan tinggal bersama kakaknya, Zainura sambil menyambung pelajarannya di sana.

Dua tahun berlalu, Zack pulang semula ke kampung selepas menerima panggilan pemergian Tok Ayah yang disayanginya. Kemudian, Zack menceraikan Pehah dengan talak satu tanpa sebarang alasan. Pehah sempat mengingatkan Zack bahawa suatu hari nanti Zack pasti akan datang mencarinya. Kata-kata itu bagai satu sumpahan apabila Zack masih tidak berkahwin walaupun kejadian tersebut sudah 8 tahun berlalu.

Ibu Zack mahukan Zack berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Beberapa kali Zack putus tunang sehingga ibunya hampir putus asa. Zainura memperkenalkan Idayu pada keluarga mereka. Idayu telah lama menyukai Zack sejak mereka di Aussie lagi. Zack hanya menerima sahaja dia ditunangkan dengan Idayu. Pada waktu itu juga, muncul Anis Nabihah. Kehadiran Anis mengingatkan Zack kepada Pehah, bekas jandanya dulu. Zack mula mendekati Anis membuat Idayu cemburu. Idayu yang kecewa pergi buat selamanya selepas terlibat dalam kemalangan. Zack rasa serba salah dan Anis yang menjadi kawan baiknya ketika itu.

Pada suatu hari, Zack pergi ke klinik gigi untuk mengubati giginya yang sakit. Disana dipertemukan dia dengan seorang doktor gigi yang berpurdah bernama Inas. Zack mahu mengenali Inas apabila dia merasakan sesuatu yang pelik dan mula menyukai Inas. Siapakah Inas sebenarnya? Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini?

Barisan Pelakon

    • Idris Khan (Zack)
    • Zara Zya (Pehah / Inas)
    • Wawa Zainal (Anis Nabihah)

11. Drama Melayu : Abang Bomba I Love You

Abang Bomba I Love You ialah siri televisyen drama romantik Malaysia 2016 arahan MP Roslin Md Sharif yang diadaptasi daripada novel dengan judul sama karya Mia Kiff lakonan Hisyam Hamid dan Amira Othman. Siri ini membuat tayangan perdananya menerusi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 12 September 2016 dan berakhir pada 6 Oktober 2016.

Sinopsis

Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan “superhero” dalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.

Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

Barisan Pelakon

    • Hisyam Hamid (Rayqal)
    • Amira Othman (Lily)
    • Mira Filzah (Dr. Dahlia)

12. Drama Melayu : Assalamualaikum Cinta

Assalamualaikum Cinta merupakan drama bersiri arahan Michael Ang.

Sinopsis

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.

Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya suka adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.

Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.

Jadi, apakah yang terjadi pada Azrif dan Rykal seterusnya? Adakah mereka berdua berjaya dengan cinta mereka itu? Dan bagaimana pula dengan majlis pertunangan mengejut itu?

Barisan Pelakon

    • Saharul Ridzwan (Rykal)
    • Ayda Jebat (Nia Sakinah)
    • Kamal Adli (Azrif Iqba)
    • Emma Maembong (Emma Harlini)

13. Drama Melayu : Bukan Gadis Biasa

drama melayu

Bukan Gadis Biasa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Azman “Jinggo” Yahya, dibintangi oleh Ayda Jebat dan Remy Ishak. Diadaptasi daripada novel 2019 bertajuk sama karya Liza Nur. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 23 April 2020 hingga 24 Mei 2020.

Sinopsis

Berambut pendek, berkemeja dan berseluar jeans, itulah identiti Johana (Ayda Jebat). Tiada niat lain di lubuk hatinya melainkan ingin melihat masa depan yang cerah buat si kecil Aisya yang memanggilnya sebagai ’emak’. Sementara itu, hati Johana yang kosong terperangkap dalam cinta tiga jejaka bersaudara.

Pertemuan dengan Amirul (Mas Khan) membuatkan Amirul berasa cukup yakin dengan perasaannya. Manakala Rayyan (Remy Ishak), sepupu kepada Amirul, seorang yang degil tetapi berprinsip ini sering bersimpang -siur dalam hidup Johana.

Amer (Nazim Othman) iaitu adik kepada Rayyan pula cuba mencari jalan pintas untuk mencuri hati Johana berbekalkan perangai mata keranjangnya.

Barisan Pelakon

    • Ayda Jebat (Johana)
    • Remy Ishak (Rayyan)
    • Nazim Othman (Amer)
    • Mas Khan (Amirul)
    • Sheila Rusly (Opah Aminah)

14. Drama Melayu : Hero Seorang Cinderella

drama melayu

Hero Seorang Cinderella merupakan sebuah drama melayu bergenre romantik komedi yang berbahasa Melayu di negara Malaysia. Drama yang merangkumi 24 episod ini mula ditayangkan pada 22 Mei 2017. Drama ini diadaptasi daripada novel karya asal Anjell. Drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan Hadith Omar di bawah terbitan Cube Film Sdn Bhd.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan seorang Cinderella bernama Nura Medina (Nur Fazura) dan hero, Tengku Ian Uzzam (Fattah Amin).

Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Puan Sri Mawar (Zizie Ezette) dan kakak tiri, Puteri Emallyn (Uqasha Senrose) selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Tan Sri Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tidak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Tan Sri Azizan. Walau apa yang terjadi, Tengku Ian selalu muncul dalam hidupnya sebagai seorang hero penyelamat.

Barisan Pelakon

    • Fattah Amin (Tengku Ian Uzzam)
    • Nur Fazura (Nura Medina)
    • Fikry Ibrahim (Noah Farizzam)
    • Uqasha Senrose (Puteri Emallyn)

15. Drama Melayu : Suamiku Paling Sweet

drama melayu

Drama melayu adaptasi novel Suamiku Paling Sweet karya Anjell. Novel ini diterbitkan pada tahun 2014 oleh Karya Seni. Ia telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2017.

Sinopsis

Suamiku Paling Sweet memaparkan kisah Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Adik Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah).

Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Oleh kerana itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey.

Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Barisan Pelakon

    • Mawar Rashid (Qisya Iris)
    • Syafiq Kyle (Izz Haikal)
    • Nik Adam Mika (Hafiy)
    • Fazren Rafi (Qairul)

16. Drama Melayu : Sayang Papa Saya Tak?

drama melayu

Drama melayu adaptasi novel Sayang Papa Saya Tak karya Hanni Ramsul.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan Raisya (Emma Maembong), gadis muda yang spontan, selamba dan mata duitan. Raisya yang enggan menyambung pelajaran, nekad melarikan diri dari rumah anak yatim yang dihuni dan mula bekerja sebagai pengasuh bayi di rumah keluarga Farish (Hisyam Hamid). Pengalaman dibesarkan di Rumah Asuhan Budi menjadikannya cekap dalam menguruskan Qalish (Seri Aileen), anak Farish yang dijaganya.

Kecekapan dan keikhlasan Raisya menjaga Qalish menyentuh hati tua ibu Farish, puan Rogayah lantas diaturkan supaya Farish mengahwini Raisya. Farish yang murung sejak kematian bekas isterinya Kasih, telah didesak oleh ibunya untuk mengahwini Raisya demi masa depan Qalish. Raisya pula bersetuju berkahwin dengan imbuhan RM100,000. Dicap sebagai mata duitan oleh suami sendiri tidak berbekas di hati Raisya kerana yang lebih penting adalah sumbangannya kepada Rumah Asuhan Budi.

Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri.

Namun emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih (Izara Aishah) dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih.

Barisan Pelakon

    • Hisyam Hamid (Farish)
    • Emma Maembong (Raisya)
    • Seri Aileen (Qalish)
    • Wan Sharmila (Azyan)

17. Drama Melayu : Biar Mereka Cemburu

drama melayu

Biar Mereka Cemburu ialah sebuah siri drama melayu televisyen Malaysia 2020 mulai 1 Disember 2020 arahan Roslin Sharif dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Nabila Razali, dan Izzat Mushtaq. Adaptasi novel yang sama ditulis oleh Anuar Darwisy.

Sinopsis

Nadia (Nabila Razali) merupakan seorang ‘gadis delivery’ cantik yang berkhidmat di ibu kota dan selesa bernampilan sederhana. Namun dalam kesederhanaannya, dia tetap menjadi rebutan antara dua jejaka, Rostam (Izzat Mushtaq) dan Eidil (Aiman Hakim Ridza).

Rostam, si pemandu bas yang pemalu dan ‘berat mulut’ untuk meluahkan kata-kata cinta. Manakala Eidil pula si anak tengku yang mempunyai segala-galanya dalam hidup termasuklah kekasih hati.

Nadia yang tidak ‘reti’ bercinta, tersepit antara cinta dua lelaki hingga sukar membuat keputusan.

Barisan Pelakon

    • Aiman Hakim Ridza (Tengku Eidil)
    • Nabila Razali (Nadia)
    • Izzat Mushtaq (Rostam)
    • Aedy Ashraf (Fetri)

18. Drama Melayu : Girlfriend Aku Dari Neraka

drama melayu

Sinopsis

Kisah drama melayu mengenai seorang jejaka bernama Rudi, yang merupakan seorang ‘player’ dan sering kali bertukar teman wanita. Dia kemudian telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang diidamkan.

19. Drama Melayu : Sebenarnya Saya Isteri Dia!

drama melayu

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 yang disiarkan dari 29 Mac 2013 hingga 5 Julai 2013 di Slot Zehra TV3. Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini merupakan drama adaptasi dari novel 2011 dengan tajuk sama tulisan Zura Asyfar terbitan Karya Seni. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.

Sinopsis

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Barisan Pelakon

    • Tiz Zaqyah (Syafa Aqira)
    • Izzue Islam (Firash Arshad)
    • Uqasha Senrose (Rania)
    • Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul)

20. Drama Melayu : Plan Cinta Tak Jadi

drama melayu

Buah tangan terbaharu Orange Tree Production Sdn Bhd ini sekali lagi menggandingkan pelakon yang semakin mencipta nama iaitu Fathia Latiff dan Fattah Amin. Turut dibantu, Arja Lee, Ramona Zam Zam, Kaka Azraf, Mark Adam dan ramai lagi.

Sinopsis

Mengisahkan pengorbanan seorang gadis gadis bernama Melina (Fathia Latiff) yang cuba mengembirakan rakan serumahnya, Cici (Ramona Zamzam) setelah Cici dikecewakan oleh kekasihnya Fariz. Setelah sekian lama menjalinkan hubungan cinta dan merancang untuk mendirikan rumah tangga, Cici yang menyayangi Fariz hampa kerana Mark mahu memutuskan hubungan cinta mereka kerana ingin berkahwin dengan gadis lain. Cici sangat sedih kerana ini merupakan kali ke-24 dia putus cinta.

Anaz seorang mekanik merupakan jiran kepada Melina dan Cici. Sebelum ini, Anaz tidak pernah pun menegur Melina dan Cici. Semenjak satu kejadian berlaku, Anaz (Fattah Amin) bertengkar dengan Melina dan semenjak itu, mereka menjadi sahabat. Melina telah meminta Anaz untuk mengurat rakan serumahnya Cici yang bersedih kerana baru sahaja putus cinta. Melina juga memulakan plannya dengan memperkenalkan Cici kepada rakan sekolahnya, Suffian (Arja Lee).

Barisan Pelakon

    • Fathia Latiff (Melina)
    • Fattah Amin (Anaz)
    • Ramona ZamZam (Cici)
    • Suffian (Arja Lee)

Sebenarnya banyak drama-drama melayu yang menarik, penuh emosi dan paling penting sekali berjaya memukai mata dan hati penonton dengan jalan penceritaan yang menarik dan juga lakonan hebat dan dijayakan oleh barisan pelakon Malaysia.

Semua drama melayu di atas adalah berdasarkan penilaian dan pemerhatian sendiri, ini tidak bermakna drama melayu lain tidak menarik. Onviral akan sentiasa update bagi drama melayu terkini supaya mereka di luar sana tidak ketinggalan.

Rasa-rasanya drama melayu untuk tahun 2022 nanti, ada yang lebih menarik dan hebat tak? Sama-sama kita nantikan.

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress