13 Drama Uqasha Senrose Paling Popular

Uqasha Senrose atau nama sebenarnya ialah Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen, seorang pelakon dan model wanita malaysia. Selain itu, beliau juga pernah bekerja sebagai seorang pramugari di syarikat penerbangan AirAsia. Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1992 dan berasal daripada Kota Bahru, Kelantan, Malaysia. Mari kita lihat senarai drama Uqasha Senrose yang paling ramai ditonton.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada 2010 iaitu filem bebas karya Anshari Rahizan Lukisan Hati yang dibintangi oleh Faralyna Idris, ketika itu beliau dikreditkan menerusi nama sebenar Zaris Uqasha.  Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak (2013)-

Drama yang dilakonkan oleh Uqasha Senrose

Ratu Shuhada – Drama Uqasha Senrose

Drama melayu bersiri berjudul ‘RATU SYUHADA’ akan menghiasi slot Widuri saluran RTM TV1. Drama ini dibintangi oleh Uqasha Senrose, Afiq Muiz dan Ika Nabila sebagai pelakon utama. Cerita ini merupakan versi moden Bawang Putih Bawang Merah.

Sinopsis
Kisahnya bermula dengan berita kehilangan seorang waris diraja bagi Negara Citrapura tatkala kereta yang dinaiki oleh Raja Kasim bersama Permaisuri Zura dan Puteri Mahkota Farhana yang pada ketika itu baru berusia 10 bulan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya setelah pulang dari sebuah majlis di Raja.

Barisan Pelakon

  • Uqasha Senrose
  • Ika Nabila
  • Sheila Mambo
  • Datuk Jalaluddin Hassan
  • Raja Norbaizura

Kalau Itu Jodoh Kita

Sebuah drama bersiri menarik kini menemui penonton di  stesen TV AlHijrah bertajuk ‘Kalau Itu Jodoh Kita’. Drama sebanyak 13 episod ini mengisahkan tentang Lufta yang dipaksa berkahwin dengan Feroz atas pilihan keluarganya.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Mempamerkan kehidupan pasangan suami isteri yang masih muda dan diuji dengan pelbagai ujian. Perkahwinan antara mereka telah diaturkan oleh orang tua mereka. Pelbagai dugaan yang dihadapi dan memerlukan kesabaran yang tinggi untuk mempertahankan rumahtangga mereka. Akhirnya, Feroz sedar yang Lutfa adalah cinta pertamanya dan seorang isteri yang cukup sempurna. Feroz dan Lutfa sedar bahawa restu pilihan kedua orang tuanya adalah pilihan yang terbaik bagi mereka.
Saksikan bagaimana mereka yang berkahwin diusia muda menempuh dugaan dalam liku-liku kehidupan yang akhirnya membawa kebahagiaan dalam drama ‘Kalau Itu Jodoh Kita’.

Barisan Pelakon

  • Uqasha Senrose
  • Qi Razali
  • Anzalna Nasir
  • Pekin Ibrahim

Babyana – Drama Uqasha Senrose

Drama Babyana merupakan drama terbaru yang menggantikan drama Parut Cinta sebelum ini. Apa yang menarik, drama Babyana ini dilakonkan oleh pelakon hebat Sharnaaz Ahmad dan pelakon si jelita Uqasha Senrose.

Sinopsis

Babyana mengisahkan seorang wanita bernama Yana (Uqasha Senrose) yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada anaknya yang berusia 3 tahun, Baby (Qistina). Hubungan Yana dan ibunya tegang apabila ibunya mendengar berita kehamilan Yana.

Di kota, Yana membuat kerja sambilan sebagai modeling. Ketika itulah Yana berkenalan dengan Ray / Rahman (Sharnaaz Ahmad). Ray jatuh cinta terhadap Yana dalam diam. Perlahan-lahan Ray mendekati dan mengambil hati Yana. Siapa sangka, cinta Ray terbalas. Melihat keikhlasan Ray, Yana menerima Ray dengan hati terbuka.

Hubungan Ray dan Yana dicemburui oleh Shikin (Risteena Munim). Ini kerana sejak dari dulu lagi, dia menaruh perasaan terhadap Ray. Namun cintanya tak terbalas. Shikin merencana ingin menghancurkan hubungan Ray dan Yana.

Ada satu rahsia besar yang dipegang oleh Yana. Rahsia itu disimpan serapinya.  Namun, selepas Shikin membongkar kisah keluarga Yana, Ray begitu kecewa. Dek kerana itu, Ray membuat keputusan ingin memutuskan hubungan dengan Yana.

Barisan Pelakon

  • Uqasha Senrose
  • Sharnaaz Ahmad
  • Risteena Munim
  • Dafi Af
  • Zarina Zainuddin

Dan Hati Pun Berkata

Drama Dan Hati Pun Berkata merupakan drama yang diadaptasi dari novel, karya novelis Nurriez. Mengisahkan seorang gadis yatim bernama Adirra (Uqasha Senrose). Selepas ibunya meninggal dunia, ayah Adirra bernama Malek telah mengahwini wanita lain.  Dia belum bersedia menerima pengganti arwah ibunya. Sikap Adirra yang kadang kala begitu manja dan mudah merajuk sering mendapat perhatian dari ahli keluarganya yang lain.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Natrah yang tinggal bersama Adirra sering mencemburinya. Adirra ditatang seperti minyak yang penuh. Kerana itu, Natrah membenci Adirra. Zarif jiran sebelah rumahnya menaruh perasaan terhadap Adirra. Zarif merupakan anak Mak Cik Ani. Misi Natrah hanya satu, menggoda Zarif agar Zarif jatuh cinta pada dirinya dan melupakan Adirra.

Adirra membuat keputusan untuk tinggal sementara di rumah sepupunya iaitu kak Ina. Di situ, Adirra membantu kak Ina menjual pisang goreng. Siapa sangka, di gerai jualan pisang goreng itu, bakal terjadinya momen istimewa di hati Adirra.

Jejaka bernama Rashdan (Shah Iskandar) telah datang ke gerai itu. Sikapnya yang agak menjengjelkan membuatkan hati Adirra geram terhadap Rashdan. Rashdan mendapati ada sesuatu yang istimewa dalam diri Adirra. 

Rashdan banyak menegur dan menasihati Adirra agar menjadi anak yang baik. Teguran Rashdan berjaya membuatkan Adirra berubah. Perubahan Adirra membuatkan ayahnya berasa sangat gembira.  

Keadaan menjadi teruk bila Rashdan mengambil Adirra berkerja sebagai PA dan sepejabat dengan Natrah. Natrah mempergunakan Maya yang memang menyimpan perasaan pada Rashdan sejak dulu lagi. Tak cukup dengan mempergunakan Maya, Zarif juga menjadi mangsa keadaan. Zarif tidak menyangka Natrah sanggup mempermainkan perasaannya. Natrah tidak rasa segan silu menyuarakan yang dia juga turut suka pada Rashdan.

Rashdan mengambil keputusan untuk menikahi Adirra secara rahsia atas permintaan Adirra. Kerana kebencian Natrah terhadap Adirra semakin menebal! Natrah merencang ingin membunuh Adirra.

Barisan Pelakon

  • Shah Iskandar 
  • Uqasha Senrose 
  • Kilafairy
  • Aidil Aziz
  • Syatilla Melvin

Qarin

Drama bersiri Qarin mempunyai 13 episod bergenrekan seram. Drama ini diarahkan oleh Sham JR manakala penulis skrip oleh Adza Nasyaemie Adenan dan Adza Irdawati Adenan. Qarin diambil daripada perkataan Arab bermaksud teman atau rakan dan dari segi istilah membawa maksud roh-roh jahat dalam kalangan makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi.

Sinopsis

Kisah bermula apabila perkahwinannya dengan anak orang berada, Muslim (Zain Hamid) mendapat tentangan ibu Muslim, Datin Zauyah kerana Dhiya datang dari keluarga susah.

Sebaik melahirkan anak mereka Aurelia (Fateha), Dhiya mengajak suaminya berpindah dari rumah Datin Zauyah dan akhirnya berjaya.Keceriaan pastinya paling dirasai anak mereka Aurelia yang ketika itu sudah berusia lapan tahu apabila dia bertemu teman barunya di rumah berkenaan.

Aurelia mula membenci bapanya manakala hubungan Dhiya dan Muslim pula semakin berantakan selepas kekasih lama suaminya itu hadir semula dalam hidup mereka.

Demi mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut itu, seorang ustaz dipanggil dan terbongkarlah kebenaran di mana anak mereka sebenarnya sudah lama meninggal dunia.

Barisan Pelakon

  • Uqasha Senrose
  • Zain Hamid
  • Adik Fateha
  • Adik Daniel Ilham

Tundukkan Playboy Itu – Drama Uqasha Senrose

Drama terbaru adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu karya Anjell akan datang mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah Keoi Hj Khalid dan skrip oleh Mufid Suhaimi. Dibintangi oleh Hafidz Roshdi dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama. Kisah jejaka kasanova yang cuba memahami erti cinta apabila dia terpaut dengan pandangan seorang model misteri yang mengenakan niqab.
drama uqasha senrose

Sinopsis

Drama Tundukkan Playboy Itu mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal. Jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Suatu hari, Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat, Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.
Nurin Areesa redha, jawatan arkitek itu bukan untuknya. Dia berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung.

Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin.

Hendak dijadikan cerita, ibu Harraz pula meminta Nurin menundukkan anaknya, seorang playboy yang pantang nampak perempuan cantik.

Barisan Pelakon

  • Hafidz Roshdi
  • Uqasha Senrose
  • Alif Satar
  • Mawar Rashid

Syurgaku Tak Sempurna

Drama Uqasha Senrose bersiri Syurgaku Tak Sempurna arahan Michael Ang menampilkan barisan pelakon berbakat besar seperti Shah Iskandar,  Raja Ilya, Aedy Ashraff dan ramai lagi.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Mengisahkan tentang dua orang rakan baik yang lahir dari keluarga berada, Tengku Zarif (Shah Iskandar) dan Fariena (Uqasha Senrose) yang membesar mengikut haluan masing-masing apabila Zarif membuat keputusan untuk mengahwini seorang gadis kampung bernama Zalia (Raja Ilya). Perkahwinan bahagia mereka dilanda satu tragedi apabila mereka telah kehilangan anak mereka dalam satu kemalangan dan mengakibatkan Zalia mengalami tekanan perasaan. Keadaan menjadi semakin sukar apabila Zalia mendapati akibat daripada kemalangan tersebut, dia tidak boleh mempunyai zuriat lagi.
Ibu Tengku Zarif, Tengku Zaharah (Didie Alias) meminta anaknya mengahwini rakan sepermainannya, Fariena yang akhirnya dapat melahirkan seorang anak lelaki untuk Zarif. Kekecewaan Zalia telah membuatkannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Yogyakarta untuk meredakan kesengsaraan dan merancang untuk mendapatkan Zarif kembali. Dengan cara yang amat kejam, Zalia telah merancang satu kemalangan yang menyebabkan Fariena lumpuh. Akhirnya, Zalia dapat kembali kepada lelaki yang dia sayangi. Namun akhirnya, kebahagiaan yang dicari tidak berkekalan apabila plot drama ini ditambah dengan beberapa konflik, pengkhianatan dan rasuah.

Barisan Pelakon

  • Raja Ilya
  • Shah Iskandar
  • Uqasha Senrose
  • Aedy Ashraff
  • Didie Alias

Tonton Drama

Hero Seorang Cinderella

Drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella karya Anjell yang disiarkan di slot Mega Drama (Astro Ria). Diterajui oleh Fattah Amin dan Fazura sebagai pelakon utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini juga dibintangi pelakon seperti Uqasha Seinrose, Datin Zizie Ezette dan Jasmine Suraya

Sinopsis

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller.  Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.
Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.
Nura Medina hidup bersama ibu tiri, Datin Mawar dan kakak tiri, Puteri selepas perkahwinan kedua ayah Medina, Datuk Azizan. Hubungan Medina dengan ayahnya tak begitu rapat kerana selalu dihasut oleh Datin Mawar. Sehingga dia difitnah lalu dihalau keluar rumah oleh Datuk Azizan. Walau apa yang terjadi Tengku Ian selalu dalam hidupnya, muncul sebagai hero penyelamat.

Barisan Pelakon

  • Fattah Amin
  • Nur Fazura
  • Zizie Izette
  • Uqasha Senrose
  • Nina Juren
  • Lisdawati

Khabar Dari Casablanca

Drama Uqasha Senrose bersiri Khabar Dari Casablanca bakal menampilkan gandingan Remy Ishak dan Uqasha Senrose Drama sebanyak 26 episod itu diarahkan oleh Feroz Kadir.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Kisah pasangan suami isteri, Farhan dan Nadia yang menetap di Casablanca, Maghribi. Disana Farhan bekerja sebagai juruterbang. Mereka kemudiannya mendapat khabar gembira Nadia hamil dan berita gembira itu dikongsikan dengan keluarga masing-masing di Malaysia dan memutuskan untuk pulang ke Malaysia. Ia pastinya berita baik bagi Filzah yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Farhan untuk membalas dendam terhadap Nadia walaupun dia telah berkahwin .

Tidak lama di tanah air, Nadia dan keluarganya dikejutkan dengan berita pesawat dipandu Farhan terhempas dan pencarian mayat dan pesawat gagal kerana dikhuatiri tertimbus akibat rebut pasir.  Keluarganya risau apatah lagi mengenangkan Nadia yang sedang berbadan dua. Nadia mula mengirim email kepada Farhan setiap hari dan menantikan balasan email suaminya itu.

Mereka kemudiannya mendapat perkhabaran terkini bahawa Farhan terselamat dalam kemalangan pesawat terhempas. Dia diselamatkan oleh penduduk tempatan bernama Umar. Namun Farhan hilang ingatan. Dia kemudiannya meneruskan kehidupan sebagai ‘Khabar’ dan berkerja sebagai pemandu pelancong. Dengan identiti barunya itu dia mengenali Karima dan mereka kemudiannya berkahwin.

Nadia menerima tekanan hebat bila suaminya itu tidak muncul seperti dijanjikan dalam email. Dia jatuh pengsan dan disahkan keguguran.

Sementara itu Khabar yang pulang semula ke Morocco kemalangan dan kepalanya terhantuk dengan kuat. Dia kembali ingat identiti dirinya sebagai Farhan.

Farhan pulang ke Malaysia bersama Karima ingin menemui Nadia. Nadia kecewa mendapat tahu suaminya telah berkahwin lain menerusi gambar disebarkan oleh Filzah. Karima mengambil keputusan pulang ke Casablanca dan melahirkan anak di sana.

Pergerakan Filzah dicurigai Amir dan mula menyiasat ‘kejahatan’ dilakukan isterinya itu. Kemuncaknya bila kesilapan dilakukan Filzah untuk meracuni Nadia telah terkena pada Edham menyebabkan Edham disahkan mengalami terencat akal kerana ubat yang ingin diberikan Filzah kepada Nadia.

Barisan Pelakon

  • Remy Ishak
  • Uqasha Senrose
  • Sasqia Dahuri
  • Riz Amin
  • Intan najuwa
  • Kwazi Disha

Dia Segalanya – Drama Uqasha Senrose

Dia Segalanya adalah drama Uqasha Senrose adaptasi novel karya Sha Ibrahim. Drama tersebut diarahkan oleh Abdul Azizi menampilkan gandingan Talha Harith dan Uqasha Senrose sebagai pelakon utama. Pengambaran untuk drama ini sudahpun tamat.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Datin Rafidah mempunyai anak kembar bernama Faizal dan Faizul. Kehadiran Suraya memberi sinar bahagia kepada Datuk rashid yang begitu kepingin anak perempuan dalam keluarnya. Mereka menyayangi Suraya seperti ahli keluarga sendiri,kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima Suraya.Hinggakan tangan Datuk Rashid singgah di pipi Faizul gara-gara dia mengungkit asal usul Suraya. Suraya tidak paham mengapa Faizul tidak suka akannya. Tambahan pula,lelaki itu pernah memanggilnya sebagai adik perempuan.
Sebenarnya ada sebab mengapa Faizul melayan Suraya demikian. Wujud perasaan sayang pada wanita itu. Demi mengekang perasaan itu, dia menyakiti gadis itu. Tuhan sahja yang tahu apa yang tersimpan di sudut hati. Hinggalah rahsia berkenaan pecah ke pengetahuan keluarga.

Barisan Pelakon

  • Uqasha Senrose
  • Talha Harith
  • Emylieya
  • Arief Farhan
  • Eizlan Yusof

Rahsia Hati Perempuan

Rahsia Hati Perempuan ialah sebuah drama televisyen romantik Malaysia 2018 arahan Michael Ang. Dilakonkan oleh Hisyam Hamid, Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim dan Mira Filzah. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 14 Mei 2018 menggantikan Mr. Grey.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Mengangkat kisah cinta, persahabatan, dan pengorbanan. Ilaina, Zayn dan Mikael, merupakan kawan baik sejak dari kecil lagi. Tiga sekawan ini terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara.

Menginjak dewasan, Zayn dan Mikael terbang ke Australia untuk mengubati kekecewaan akibat perkahwinan yang tak jadi.

Di sana, Ilaina dan rakannya, Arissa menyelamatkan Mikael serta Zayn yang tersesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu Arissa mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael.
Ilaina mengajak Arissa untuk pulang ke Malaysia walaupun di larang keras oleh Puan Suraya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn ternampak bekas tunangnya dengan lelaki lain.

Barisan Pelakon

  • Hisyam Hamid sebagai Zayn
  • Mira Filzah sebagai Ilaina
  • Fikry Ibrahim sebagai Mikael
  • Uqasha Senrose sebagai Arissa
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai Suraya
  • Eina Azman sebagai Ayra

Setelah Terlafaznya Akad

Drama Setelah Terlafaznya Akad adalah drama terbaru Uqasha Senrose bersama Kamal Adli di slot MegaDrama Astro Ria.   Drama 28 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Setelah Terlafaznya Akad karya novelis Anna Milia. Selain itu drama Setelah Terlafaznya Akad ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Production Sdn Bhd.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Barisan Pelakon

    • Kamal Adli
    • Uqasha Senrose
    • Zeera Azizi
    • Zulhemy
    • Nadya Syahera
  • Sharifah Shahora

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis merupakan sebuah siri drama arahan Hashim Rejab, adaptasi dari novel karya Aulia Iman. Dibintangi oleh Nafiz Muaz, Uqasha Senrose, Yusuf Bahrin dan Elly Mazlein. Drama ini disiarkan di Astro Ria menerusi Slot DramaVaganza menggantikan Rindu Yang Terlarang yang tamat pada 23 Disember 2019.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Kisah cinta pandang pertama Kris Al-Hadi dengan gadis yang sedang menanti hari perbicaraan. Salsabila telah dituduh pecah amanah dan ditahan dipenjara. Kris telah membantunya dan mereka mula saling menyukai.

Namun kedatangan Yasmin, tunang kepada abangnya, Khairyl yang selalu cuba mengodanya telah menyusahkannya. Kris telah dipaksa berkahwin dengan Yasmin oleh ayahnya kerana salah faham.

Pada hari perkahwinan yang sama dengan abangya, Kris dan Salsabila rasa tertipu apabila nama Salsabila disebut ketika ijab kabul dengan Khairyl. Kris kecewa dan menghilangkan diri. Kehilangan Kris membuatkan Salsabila dan ayahnya menanggung sengsara.

Barisan Pelakon

  • Nafiz Muaz
  • Uqasha Senrose
  • Yusuf Bahrin
  • Elly Mazlein

Rindu Awak Separuh Nyawa

Drama adaptasi novel ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’ karya Siti Rosmizah. Menampilkan gandingan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Drama bersiri 40 episod arahan Along Kamaludin, terbitan syarikat produksi SR One Sdn Bhd.

drama uqasha senrose

Sinopsis

Maisara menyimpan dendam terhadap ayahnya, Dato’ Raqib, kerana dia merasakan bahawa Dato’ Raqib merupakan penyebab kematian ibunya. Kerana dendam itu, Maisara telah menggunakan Aidil, anak lelaki kepada sahabat baik bapanya sebagai kambing hitam dalam rancangan memalukan ayahnya. Maisara berpura-pura jatuh cinta dengan Aidil dan membatalkan upacara pertunangan ketika ia bakal berlangsung. Aidil kecewa namun dia menerima keputusan Maisara kerana perasaan cintanya masih ada buat gadis sombong itu.
Pelbagai cara yang Maisara gunakan untuk mendekati Nazril. Tanpa Maisara ketahui, keluarga Nazril telah memilih Nurul Huda, gadis sekampung Nazril sebagai calon isteri buat Nazril dan mereka bakal disatukan setelah keduanya habis belajar. Namun satu kejadian yang tidak dijangka berlaku, Nazril membuka hatinya untuk mengambil Maisara sebagai isterinya. Nurul Huda yang sememangnya menyayangi Nazril kecewa. Manusia tidak sempurna dan melakukan kesalahan. Maisara hidup dan belajar, ketulusan Nazril menyiram dirinya dengan cinta membuatkan dia sedar. Walaupun begitu, ketika cintanya mulai mekar, Nazril menyedari bahawa perkahwinan mereka hanyalah ‘pertaruhan’ buat Maisara, dan dia pergi dengan hati yang patah.

Barisan Pelakon

  • Shukri Yahaya
  • Uqasha Senrose
  • Marsha Milan
  • Fizo Omar
  • Norreen Iman
  • Aida Khalida

Drama melayu

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress