Dulu Orang Hina Saya Belajar Tebar Roti Canai, Sekarang Ramai Nak Belajar Dengan Saya

Kalau mahu menjadi orang yang berjaya, setiap orang mesti tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan seperti kata pepatah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Satu video menarik yang perkongsian seorang anak muda penebar roti canai @muizruzaini atau muiztebar amat tepat menunjukkan pepatah tersebut.

Daripada seorang yang baru bermula belajar menebar roti canai dengan gaya seorang beginner malah selalu tersilap langkah, tetapi oleh kerana ketekunan dan usahanya yang kuat dan komitmen memperbaiki kelemahan, muiz akhirnya menjadi seorang penebar roti canai yang hebat. Pemuda yang bekerja sebagai penebar roti canai di gerai roti canai pokok sena ini memang berbakat.

Kalau dulu, tebar satu roti canai guna dua tangan. Sekarang tebar dua roti canai guna dua tangan. Hebat bukan? Siap boleh terbang ke udara lagi roti canai tu. Usaha tangga kejayaan membuahkan hasil yang sangat hebat.

@muizruzaini

Semangat 💪🏻 #fypシ #fyp #foryoupage #fypdongggggggg #roticanai #shouldbeme #roticanaiterbang

♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Video menarik ini telah mendapat lebih kurang 28Juta tontonan setakat ini serta lebih 2.4 juta tanda suka daripada netizen.

Dulu Roti Canai Asyik jatuh & melekat je kat tangan.

 

Sekarang boleh tebar dua roti canai dalam satu masa. Siap terbang tinggi lagi.

Di bawah ini adalah antar komen-komen menarik daripada netizen.

“Inilah hasil kerja keras dia berpenat dulu bersenang-senang kemudian”

“Semangat + Minat + Usaha. Kena ada 3 ni buat apa pun akan menjadi”

“Semangat itu yang kita mahu” komen seorang netizen

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress