Dulu Saya Tarik Habis Kulit Ayam Tak Bagi Anak Makan, Rupanya Ada Khasiat Yang Kita Terlepas Pandang

Menyediakan makanan yang sihat untuk anak dan keluarga pastinya suatu kemestian buat para ibu.Namun adakala kita terlepas pandang dan merasakan apa yang kita cuba elakkan ada manfaat tersembunyi.

Menerusi perkongsian di laman facebook , pengguna Mazliana Mazlan berkongsi tentang kebaikan kulit ayam yang disangkakan mengandungi lemak yang tidak sihat untuk anak-anak.Namun tanggapannya salah selama ini, dimana kulit ayam mengandungi glycine iaitu kolagen yang membantu untuk menguatkan otot, kulit, tulang dan juga sendi anak-anak.


Tambah Mazliana lagi, memakan kulit ayam juga mampu memberikan kesan yang tenang pada otak, dan juga menurunkan sedikit suhu badan, seterusnya akan buat anak akan lebih mudah rasa ingin tidur.

Namun , menurut Mazliana ayam yang terbaik adalah dari sumber ayam yang sihat iaitu bukan ayam yang dicucuk hormon dan tanpa antibiotik.Jadi , tiada rasa was-was dan bolehlah dimakan kulit ayam sihat lagi selepas ini.Namun, pengambilannya juga harus dikawal,bimbang jika berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan lain pada badan kerana penerimaan badan adalah berbeza untuk setiap orang .-onviral

untuk info – Glycine adalah asid amino yang merupakan sebatian organik. Ia adalah komponen kebanyakan protein dan komponen bioaktif yang disintesis oleh pelbagai sel badan.

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress