e-Pengambilan PDRM : Permohonan Polis & Cara Semakan Panggilan

e-Pengambilan PDRM 2021: Permohonan Polis & Cara Membuat Semakan Panggilan

Join Channel Telegram Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya: https://t.me/portalsemakan

Pengumuman akan dilakukan pada 23 September 2021 bagi e-Pengambilan PDRM untuk Permohonan Polis dan Semakan Panggilan Terkini 2021

Untuk makluman setiap pemohon, semakan Status Panggilan Ujian Eksesais Pemeriksaan Fizikal Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki serta Wanita) akan bermula pada 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.

Peringatan kepada kesemua calon yang bukan bumiputera yang telah hadir Urusan Dokumentasi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki serta Wanita) pada bulan April 2021, sila buat semakan di Sistem e-Pengambilan PDRM.

e-pengambilan pdrm

Semakan Status Permohonan Pengambilan Khas Bukan Bumiputera

Calon dikehendaki untuk ‘Log Masuk’ dan klik butang ‘Semak Status Permohonan’. Sila klik ‘Semak’ sekiranya ingin mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.

Selain itu, calon-calon yang telah tersenarai serta dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal yang diberikan.

Sila hubungi talian help desk 03-22668348/8350/8351 seperti yang telah tertera di Info IG serta FB Unit Pengambilan PDRM sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.

Baca juga: Cadangan Kenaikan Pengeluaran iCitra Hingga RM10000

Langkah Membuat Permohonan Secara Online Melalui e-Pengambilan PDRM

e-Pengambilan PDRM merupakan Sebuah portal rasmi Polis Diraja Malaysia yang mengendalikan urusan pengambilan serta permohonan untuk setiap jawatan polis yang telah ditawarkan dimana melalui portal rasmi ini juga, pemohon boleh untuk membuat semakan status panggilan pada tarikh yang dimaklumkan dengan mudah dan pantas.

e-pengambilan pdrm

Langkah-Langkah Pendaftaran

Sila rujuk langkah seperti yang di bawah untuk pendaftaran :

    1. Sila klik pada butang untuk membuat pendaftaran.
    2. Sila isikan maklumat pengguna lalu klik pada butang Serah.
    3. Anda perlu semak e-mel anda untuk mengaktifkan akaun.
    4. Sekiranya anda tidak menerima sebarang e-mel, sila buka semula laman e-Pengambilan klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pengaktifan ID] bagi tujuan pengaktifan akaun.
    5. Sekiranya anda terlupa Kata Laluan, sila klik pada pautan [Lupa Kata Laluan].
    6. Sekiranya anda tidak menerima e-mel untuk Kata Laluan yang baru, sila klik pada pautan [Tidak Terima E-mel Pemulihan Kata Laluan].

e-pengambilan pdrm

Membuat Semakan Jawatan

    1. Sila klik ‘Skim Jawatan‘ sekiranya anda ingin menyemak dahulu syarat-syarat kelayakan untuk memohon.
    2. Sekiranya anda berminat, sila klik pada butang’ Iklan‘ untuk menyemak.
    3. Jawatan-jawatan yang di buka untuk membuat pendaftaran.
    4. Untuk makluman dalam tab ‘Iklan‘, warna hijau adalah ‘Jawatan yang telah dibuka untuk pendaftaran‘, warna merah adalah merupakan ‘jawatan yang belum dibuka‘.
    5. Klik pada ikon untuk melihat syarat-syarat dan keterangan yang lebih lanjut.

e-pengambilan pdrm

Langkah Log Masuk Ke e-Pengambilan PDRM & Langkah Mengisi Borang

    1. Sila masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan. Kemudian Klik butang ‘Log Masuk‘.
    2. Sila klik menu ‘Maklumat Peribadi‘, maklumat data peribadi dengan simbol ‘*’ adalah input yang wajib diisi. Sila klik pada butang ‘Simpan‘ sebelum pergi kelangkah seterusnya.
    3. Dalam tab ‘Keluarga‘, maklumat ibu-bapa adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang ‘Simpan‘ sebelum kelangkah seterusnya.
    4. Dalam tab ‘Akademik‘, maklumat SPM dan PT3/PMR adalah input wajib untuk permohonan ini. Sila klik pada butang ‘Simpan‘ sebelum kelangkah seterusnya.
    5. Dalam tab ‘Ko-Kurikulum‘, juga adalah wajib dimana sekurang-kurangnya satu Ko-Kurikulum wajib diisi untuk permohonan ini. Sila klik pada butang ‘Simpan‘ selepas mengisi.

Memohon Jawatan Polis Melalui e-Pengambilan PDRM

    1. Sila klik menu ‘Permohonan Polis‘ > ‘Permohanan Baru‘.
    2. Sila pastikan maklumat peribadi, keluarga, akademik serta ko-kurikulum adalah betul sebelum kelangkah seterusnya.
    3. Sila pilih jawatan yang telah ditawarkan Dalam tab ‘Permohonan Jawatan‘.
    4. Sila klik butang ‘Simpan‘ sebelum kelangkah seterusnya.
    5. Sila pastikan anda telah memilih setiap pengakuan pemohon dalam tab ‘Pengakuan‘.
    6. Sekiranya borang telah dihantar, pemohon tidak akan boleh lagi mengemaskini data dalam tab ‘Pengesahan‘. Sila pastikan semua maklumat adalah lengkap serta tepat sebelum menghantar borang.
    7. Sila klik butang ‘Hantar Borang‘ untuk menghantar permohonan.

Menyemak Status Panggilan Melalui e-Pengambilan PDRM

Sila klik pada menu ‘Semak Status Permohonan‘ Sekiranya anda ingin menyemak status permohonan anda

    1. Sila masukkan No.KP Baru dan kemudian klik butang ‘Semak‘.
    2. Status Pengambilan akan dipaparkan.
    3. Sila cetak (print) surat panggilan tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut jawatan, Sila rujuk laman web rasmi Polis Diraja Malaysia. KLIK DISINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress