E-Wallet 2022 Sebanyak RM 150 | Tebus Sekarang

eStart: Cara Tebus RM150 Bantuan Kredit e-Wallet Tahun 2022

Kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan (eWallet Belia 2022).

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, eStart akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program eStart untuk makluman bersama. Anda juga boleh layari laman web ONVIRAL untuk membaca berita-berita semasa dan permohonan terkini Malaysia.

Program eStart

eStart merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

e-Dompet @ e-Wallet Yang Terlibat

Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.

Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet Belia berikut:

    • Touch n Go eWallet
    • Boost
    • Grab Pay
    • Big Pay

Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022

Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.

Tujuan Program eStart

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Jumlah Bantuan Yang Disediakan

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Syarat Kelayakan Permohonan

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

Langkah Permohonan

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.

Baca Juga : Mudah & Lebih Murah! | Langkah Beli RFID Online Guna Apps Touch n Go

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress