eBantuan JKM : 11 Skim Bantuan JKM 2021 Yang Boleh Dimohon

eBantuan JKM: Perkhidmatan bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.

Secara amnya, di dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State).

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong penerima bantuan ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

ebantuan jkm

ebantuan jkm

Mohon Juga:

11 Jenis Skim Bantuan JKM Tahun 2021

Untuk makluman, terdapat 11 jenis skim bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:

    1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    3. Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
    4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    5. Bantuan Orang Tua (BOT)
    6. Bantuan Am Persekutuan (BA)
    7. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    8. Bantuan Latihan Perantis (BLP)
    9. Bantuan Geran Pelancaran (GP)
    10. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
    11. Tabung Bantuan Segera (TBS)

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang termaktub di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Bantuan Bulanan JKM

Daripada 11 jenis skim bantuan di atas, 9 daripadanya adalah berbentuk bantuan bulanan yang boleh dimohon.

Bantuan Sekaligus (One-Off)

    1. Geran Pelancaran
      • Maksimum RM2,700 sekaligus
    2. Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
      • Mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.
    3. Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
      • Maksimum RM20,000 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan akal.

Cara Mohon eBantuan JKM

Terdapat dua cara permohonan iaitu manual dan online. Sila rujuk perkongsian di bawah:

Permohonan Manual

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadi ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagiam seperti salinan MyKad suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama / salinan penyata gaji (jika ada) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Borang Permohonan

    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Permohonan Online

ebantuan jkm

Permohonan bantuan JKM 2021 boleh dibuat secara online melalui Portal eBantuan JKM di pautan berikut:

    • http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp

PERHATIAN: Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

Dokumen Yang Perlu Dibawa

    1. Salinan MyKad / Kad Pengenalan Pemohon.
    2. Salinan MyKad / Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama.
    3. Salinan Kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).
    4. Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
    5. Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro).
    6. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).

Baca Juga: Bantuan Bakul Prihatin Negara (JKM) 2021. Mohon Segera!

Maklumat Lanjut

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya

Telefon: 03 – 8000 8000

Faks: 03 – 8323 2045

Emel: Maklum Balas (ISPAAA)

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress