eBelia: Cara Tebus eWallet RM150 Bermula 1 Jun 2021

Semasa pembentangan Pakej Pemerkasa, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan kredit eBelia akan dinaikkan daripada RM100 ke RM150 seorang. Perkara ini menggembirakan lagi golongan-golongan belia.

Untuk makluman, program eBelia ini merupakan sebuah inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta yang akan dimanfaatkan oleh 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak untuk menerima pengkreditan duit ke dalam akaun e-Wallet mereka.

Program e-Belia ini bertujuan untuk menggalakkan budaya perbelanjaan tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi IPT. Kami dari onviral akan kongsikan kepada anda maklumat terkini mengenai bantuan eBelia ini.

Artikel Berkaitan: Tutorial Tebus Telefon Pintar / Data Percuma Selama Setahun

eBelia

Apakah Itu Program eBelia?

  • Menggalakkan transaksi tanpa tunai.
  • Penebusan kredit e-Wallet ditingkatkan dari RM100 ke RM150.
  • Sasaran 2 juta belia belia yang berumur 18-20 tahun dan penuntut IPT sepenuh masa.

Syarat-Syarat Untuk Menerima eBelia RM150

  • Telah mencapai umur 18-20 tahun pada tahun 2021. (lahir pada tahun 2001 hingga 2002)
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Setiap pemohon yang boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai ini.

4 Aplikasi Penyedia Perkhidmatan e-Tunai

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • Shopeepay
  • BigPay

Tatacara Tebus e-Wallet RM150

Untuk menebus kredit e-Belia ini mudah sahaja, sila ikut langkah yang kami kongsikan:

1. Sila muat turun salah satu penyedia perkhidmatan e-Wallet:

  • Touch ‘n Go eWallet
  • Boost
  • Shopeepay
  • BigPay

2. Daftar dan isikan maklumat diri anda.

3. Sahkan maklumat pendaftaran.

4. Tebus kredit eBelia mulai 1 Jun 2021.

Tarikh Bayaran / Pengkreditan eBelia RM150

  • Tempoh kredit bermula 1 Jun sehingga 22 Julai 2021

Kenyataan Rasmi Media Kementerian Kewangan Malaysia

eBelia

Sumber

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress