eCCRIS Online : Cara Semakan Laporan Tanpa Perlu Ke Bank

eCCRIS Online : Cara Semakan Laporan Tanpa Perlu Ke Bank Negara Malaysia

Untuk sesiapa yang ingin membuat pinjaman bank, anda perlu mendapatkan laporan kewangan seperti CCRIS terlebih dahulu.

Adakah anda tahu apa itu CCRIS dan bagaimanakah cara untuk mendapatkan laporan tersebut secara online?

Onviral sangat berbesar hati untuk kongsikan lebih lanjut untuk makluman semua.

Apakah Itu CCRIS?

Mungkin ada di kalangan anda yang pernah dengar tentang CCRIS semasa anda ingin membuat loan / pinjaman.

Central Credit Reference Information System (CCRIS) adalah satu laporan kredit / pinjaman anda dengan pihak bank.

Semua rekod pinjaman anda dengan pihak bank akan dikeluar dalam satu penyata ringkas.

Pihak bank akan menggunakan laporan CCRIS ini untuk menilai kelayakan pinjaman anda nanti.

Walau bagaimanapun masih ramai yang tersilap dan salah faham dan menganggap CCRIS sebagai sistem blacklist yang menyenarai hitam peminjam. Jangan risau!

Sebaliknya, CCRIS hanya mengeluarkan laporan yang dikemaskini oleh pihak institusi kewangan masing-masing untuk menganalisa perkara seperti berikut:

    • Rekod pembayaran
    • Jumlah pinjaman keseluruhan
    • Rekod permohonan

Baca Juga : Cara Semak Wang Tidak Dituntut (WTD) Online | eGUMIS

Apakah Komponen Yang Terdapat Dalam Laporan CCRIS?

Berikut adalah 3 komponen utama yang boleh didapati melalui semakan CCRIS, antaranya:

    1. Rekod pinjaman sedia ada – maklumat, jenis, jumlah, penyedia kredit, tindakan undang-undang & sebagainya.
    2. Akaun di bawah pemerhatian khas – kredit tak berbayar yang diletakkan dalam pengawasan khas institusi kewangan.
    3. Permohonan untuk kredit – status permohonan untuk pinjaman yang dibuat.

Cara Baca Laporan CCRIS (eCCRIS Online)

Melalui laporan CCRIS tersebut, anda boleh melihat rekod bayaran anda kepada pihak bank.

Jika anda sering bayar tepat pada masa yang telah ditetapkan, iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘0’ setiap bulan.

Angka ‘0’ menunjukkan yang anda tidak pernah bayar lewat kepada pihak bank.

Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘1’ jika lewat sebulan, ‘2’ jika lewat dua bulan dan seterusnya.

eCCRIS Online

Baca Juga : Cara Tukar Kad Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online Sahaja!

Cara Membuat Semakan CCRIS (eCCRIS Online)

Untuk makluman, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan mekanisma baru untuk mendapatkan laporan CCRIS melalui portal eCCRIS yang boleh di akses melalui laman web.

Dengan adanya kemudahan ini, anda tak perlu lagi keluar ke kaunter dan boleh mendapatkan laporan kredit anda melalui atas talian sahaja. Mudah je kan?

Untuk mendaftar eCCRIS, boleh ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Sila daftar borang dengan lengkap di pautan BNM Telelink eCCRIS: bnm.my/LINK
    2. Boleh muat naik dokumen berikut:
      • Salinan MyKad (Depan & Belakang)
      • Bil telefon terkini anda
      • Dua dokumen sokongan lain: contohnya lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit dan sebagainya.
      • Dan juga 6 digit nombor pin sementara akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
    3.  Lawati eCCRIS dan klik Login Kali Pertama.
      • Sila masukkan nombor MyKad dan 6 digit nombor pin sementara. Sila ikut arahan yang di paparkan untuk melengkapkan pendaftaran.
    4. Untuk membuat semakan penyata, sila layari laman CCRIS.

Sila rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

eCCRIS Online

 

eCCRIS Online

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://eccris.bnm.gov.my/atau hubungi melaui saluran berikut:

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress