eGUMIS : Cara Nak Dapatkan Wang Yang Tidak Di Tuntut

eGumis: Cara Nak Dapatkan Wang Yang Tidak Di Tuntut. Pernah atau tidak  wang kita terutama sekali kita tidak tuntut baki wang kita dalam akaun bank apabila kita hendak tutup akaun tersebut. Pasti anda menyangka wang tersebut sudah lesap dan tidak boleh dapat balik. Betul tak??

Sebenarnya, wang anda tersebut tidak hilang dan pihak bank tidak mengambil pun wang tersebut. Sebaliknya, wang tersebut diletakkan di dalam akaun wang yang tidak di tuntut dan kita boleh tuntut wang tersebut.

Macam Mana Cara Nak Tuntut Wang Yang Tidak Dituntut

Untuk tuntut wang yang tidak di tuntut, anda boleh tuntutnya dengan menggunakan portal eGumis. Ada beberapa cara mudah, untuk menuntut wang yang tidak dituntut dengan menggunakan portal Egumis. Antaranya ialah:

1-     Layari Portal Rasmi

Untuk tuntut wang tidak di tuntut, perkara pertama sekali yang perlu dilakukan ialah dengan melayari pautan portal egumis atau klik sahaja di sini

2-     Mula Buat Pendaftaran

Untuk yang baru pertama kali log masuk ke portal eGumis, anda perlu membuat pendaftaran pengguna secara atas talian. Anda perlu klik butang “Pendaftaran”. Kemudian, isikan segala maklumat yang di minta seperti:

  • Nama penuh
  • Jenis pengenalan
  • Nombor pengenalan
  • Emel
  • Nama pengguna
  • Kata laluan
  • Ulang kata laluan

Selepas anda selesai mengisi segala maklumat yang anda perlukan, anda perlu tekan butang daftar dan kemudian anda akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.

3-     Mula Log Masuk

Selepas, anda dapat dapat kata laluan sementara, tibalah masa untuk anda log masuk portal dengan menggunakan kata laluan sementara yang telah di hantarkan ke emel anda. Selepas anda log masuk anda perlu segera tukar kata laluan yang baru. Ini kerana, kata laluan yang di emelkan itu adalah kata laluan sementara yang ada had masa untuk di gunakan

egumis

4-     Kemaskini Maklumat Anda

Selepas selesai log masuk, anda perlu kemaskini maklumat peribadi anda untuk memudahkan anda semak wang yang tidak di tuntut.

5-     Cetak Maklumat

Untuk semak wang yang tidak di tuntut, anda perlu klik ikon “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT”. Anda boleh membuat semakan menggunakan nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut.

Sediakan Beberapa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntut Wang Tidak Dituntut

Setelah anda cetak maklumat tersebut di eGumis, untuk menuntut wang anda, apa yang perlu anda lakukan ialah dengan membawa salinan maklumat yang telah anda cetak bersama beberapa dokumen lain. Antaranya ialah:

  •       Borang UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani.
    • Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang)/pasport pemohon bagi bukan warganegara.
    • Dokumen asal (Contoh: buku bank/sijil simpanan tetap dan lain-lain).
    • Surat pengesahan daripada syarikat yang membuat serahan WTD hendaklah disertakan sekali, jika dokumen asal tiada.
    • Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank pemohon yang aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)

Dokumen-dokumen ini perlu di bawa ke alamat di bawah ini untuk memudahkan urusan wang tidak di tuntut. Alamatnya:

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,

Tingkat 42, Menara Maybank

100 Jalan Tun Perak

50050 Kuala Lumpur

Tel: 03-2056 8000

Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

Baca Juga: Check Saman Online : Cara Semak Saman PDRM, JPJ dan AES

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress