eGUMIS : Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut

eGUMIS : Cara Semak Wang Yang Tidak Dituntut

Pernah atau tidak terutama sekali kita tidak tuntut baki wang kita dalam akaun bank apabila kita hendak tutup akaun tersebut. Pasti anda menyangka wang tersebut sudah lesap dan tidak boleh dapat balik. Betul tak??

Sebenarnya, wang anda tersebut tidak hilang dan pihak bank tidak mengambil pun wang tersebut. Sebaliknya, wang tersebut diletakkan di dalam akaun wang yang tidak di tuntut dan kita boleh tuntut wang tersebut.

OnViral akan kongsikan kepada anda cara semak wang yang tidak dituntut melalui eGUMIS ANM.

Apa Itu eGUMIS?

eGUMIS ANM merupakan sistem untuk memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian / online.

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? Wang Tak Dituntut atau turut dikenali sebagai WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun.

Contoh WTD:

    • Gaji / Upah / Komisen / eGaji
    • Dividen
    • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    • Simpanan tetap
    • Deposit / Cagaran
    • Keuntungan yang telah diisytiharkan
    • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
      • Akaun Simpanan
      • Akaun Semasa
      • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

eGUMIS

Ada yang boleh tuntut sehingga Rm10,000 ada yang dapat RM100. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Sistem eGUMIS ANM Login Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

    1. Layari pautan berikut https://egumis.anm.gov.my/
    2. Sila daftar secara online. Masukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
    3. Log Masuk portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
    4. Tukar semula kata laluan anda.
    5. Tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
    6. Untuk makluman, sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Untuk membuat semakan secara manual, sila baca panduan penuh di sini. Anda juga perlu memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

Baca Juga: Terlupa Password BKM 2022? Ini Cara Reset balik Password Anda

Cara Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

    1. Klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
    2. Tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
    3. Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
    4. Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
    5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.

Tempoh pembayaran akan mengambil masa selama dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Contoh Wang Tak Dituntut Yang Berjaya Dituntut

Ramai yang telah menggunakan sistem eGUMIS ini. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga yang hanya dapat RM20, RM50.

eGUMIS

Soalan Lazim FAQ eGUMIS

1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

    • Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semaka eGUMIS online?

    • Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

3. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

    • Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila hubungi:

03- 2056 8052
03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak,
50050 Kuala Lumpur

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress