eGUMIS | Langkah Semakan & Dapatkan Wang Tidak Dituntut

Terlupa pernah simpan duit dekat bank mana, tetapi bila buat semakan eGumis, alangkah terkejutnya rasa bila tengok banyak duit ada dalam bank.

Untuk Makluman eGUMIS ANM merupakan sistem untuk memudahkan urusan transaksi dan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian / online. Sistem ini pada awalnya dijangka beroperasi suku kedua tahun 2018 namun ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu.

Namun bermula 1 Januari 2020, eGUMIS kini boleh diakses dengan sepenuhnya untuk semak WTD. Semakan pula boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Sila layari laman web ONVIRAL.COM.MY untuk mengetahu berita-berita semasa dan permohonan bantuan terkini Kerajaan Malaysia.

eGUMIS

eGUMIS ialah sistem semakan bagi urusan Wang Tak Dituntut (WTD).

Apakah yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut? Wang Tak Dituntut atau turut dikenali sebagai WTD ini adalah wang kepunyaan seseorang yang tidak bayar dalam tempoh setahun.

Contoh WTD adalah seperti di bawah:

    • Gaji / Upah / Komisen / eGaji
    • Dividen
    • Tuntutan insuran yang telah diluluskan
    • Simpanan tetap
    • Deposit / Cagaran
    • Keuntungan yang telah diisytiharkan
    • Wang dalam akaun yang tak aktif selama 7 tahun
      • Akaun Simpanan
      • Akaun Semasa
      • Simpanan Tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik)

eGUMIS

Ada yang boleh membuat tuntutan sehingga Rm10,000 dan ada yang dapat RM100. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun anda masing-masing.

Sistem eGUMIS ANM Login Online

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telahpun melancarkan portal rasmi eGUMIS login untuk permudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara online.

Berikut adalah cara untuk semak eGUMIS register:

    1. Sila layari pautan egumis ini https://egumis.anm.gov.my/
    2. Sila lakukan pendaftaran secara online dengan memasukkan nama penuh, nombor kad pengenalan dan emel terkini anda.
    3. Sila log masuk ke portal menggunakan kata laluan yang telah di emel.
    4. Sila tukar semula kata laluan anda.
    5. Sila tekan pada “Klik Sini Untuk Carian Wang Tidak Dituntut” untuk semakan dan masukkan kad pengenalan anda.
    6. Sila ambil maklum bahawa sistem ini hanya boleh buat semakan sebanyak 2 kali sehari sahaja.

Untuk membuat semakan secara manual, sila baca panduan penuh di sini. Anda juga perlu memuat turun borang Wang Tak Dituntut sekiranya anda ingin membuat semakan secara manual.

Baca Juga: Permohonan Bantuan RM100 Yuran Taska Setiap Bulan | Semak Kelayakan

Langkah Permohonan Tuntutan Wang Tidak Dituntut (WTD) Online

Untuk membuat tuntutan secara dalam talian / online, sila ikut langkah-langkah berikut:

    1. Sila klik pada “Teruskan Dengan Permohonan”.
    2. Sila tekan “Tambah Penerima” dan masukkan maklumat peribadi. Tekan “Simpan”.
    3. Sila Upload / muat naik dokumen sokongan pada bahagian “Mandatori”.
    4. Sila tick pada kotak dan setuju dengan terma syarat. Pilih “Ya”.
    5. Proses pembayaran akan dilaksanakan apabila dokumen anda telah “Disahkan”.

NOTA: Tempoh pembayaran akan mengambil masa selama dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Contoh Wang Tak Dituntut Yang Berjaya Dituntut

Ramai yang telah menggunakan sistem eGUMIS ini. Ada yang berjaya dapat RM13,000, ada juga yang hanya dapat RM20, RM50.

eGUMIS

Soalan Lazim FAQ eGUMIS

1. Siapakah yang layak dapat WTD (Wang Tak Dituntut)?

    • Bayaran WTD perlu dibayar kepada mana-mana penerima yang dapat membuktikan bahawa beliau layak.

2. Bagaimanakah cara untuk membuat semaka eGUMIS online?

    • Anda hanya perlu daftar dalam Portal Rasmi. Sila ikuti langkah terperinci dalam website ini.

3. Apakah dokumen yang perlu dimuat naik?

    • Dokumen sokongan perlu dimuat naik dalam portal eGUMIS untuk pengesahan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai egumis unclaimed money ini, sila rujuk saluran di bawah :

Nombor Telefon :

    • 03- 2056 8052
    • 03- 2056 8053

Atau boleh terus pergi ke pejabat :

    • Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
      Tingkat 42, Menara Maybank
      100, Jalan Tun Perak,
      50050 Kuala Lumpur

Baca Juga : Langkah Mohon Rumah Sewa PPR RM124 Sebulan | B40 2022

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress