PERKESO | Cara Dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan Selama 6 Bulan Jika Diberhentikan Kerja

PERKESO | Dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan Selama 6 Bulan, Jika Diberhentikan Kerja

Waktu Pandemik adalah suasana yang sukar diadaptasi bagi semua rakyat Malaysia. Ramai orang sekeliling kita meluahkan rasa kekecewaan bila mereka diberhentikan kerja dimana ini adalah situasi lazim yang dijangka akan berlaku. Tidak kira syarikat besar dan kecil di Malaysia ada yang gagal bertahan dan jalan penyelesaiannya ialah dengan membuang pekerja demi meneruskan operasi dan kewujudan syarikat.

Apabila pekerja diberhentikan, sudah semestinya pemilik syarikat akan berusaha untuk bangkit semula dari kejatuhan ekonomi diri tetapi kerugian akibat Wabak Covid-19 memberikan banyak kerugian yang sepatutnya tidak belaku sekiranya keadaan masih seperti sedia kala (sebelum pandemik).

Atas masalah ini, pihak kerajaan dengan sistem inisiatif yang berkesan telah mewujudkan sistem yang sekurang-kurangnya dapat menyelamatkan serta membantu mereka yang terkesan dan mungkin juga teraniaya.

Selain menyediakan bantuan kewangan, pekerja yang diberhentikan layak untuk memohon pelbagai faedah kehilangan pekerjaan melalui Sistem Insurans Pekerjaan (EIS / SIP PERKESO).

Baca juga: i-Akaun | Cara Semak Penyata KWSP Secara Online & Kemudahan Lain

Sip PERKESO

PERKESO

EIS (Employer Insurance System) atau SIP (Sistem Insurans Pekerjaan) adalah sistem yang diwujudkan oleh PERKESO bagi menyediakan Insurans Pekerjaan, Perkhidmatan Pekerjaan dan Maklumat Pasaran Buruh (LMI).

Andaikata anda merupakan pencarum SIP yang kehilangan pekerjaan, anda mungkin layak untuk menerima 2 faedah di bawah:

    • Faedah berbentuk kewangan
    • Faedah bantuan pencarian pekerjaan

PERKESO

Syarat-Syarat Permohonan Elaun?

Para pekerja yang layak dilindungi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta SIP) adalah seperti di bawah:

    • Semua pekerja yang bertaraf warganegara Malaysia dan pemastautin tetap.
    • Berumur 18-60 tahun
    • Bekerja dengan sektor swasta
    • Berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)

Pengecualian

    • Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum.
    • Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.

Syarat Permohonan Tuntutan Faedah SIP

    • Permohonan tuntutan faedah haruslah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
    • Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sebab Kehilangan Pekerjaan Yang Layak Tuntut SIP PERKESO

    • Pembuangan kerja / pertindihan
    • VSS/MSS (Skim pemisahan sukarela dengan persetujuan bersama)
    • Penutupan tempat kerja kerana bencana alam
    • Bankrap atau penutupan tempat kerja
    • Pembuangan kerja konstruktif
    • Perletakan jawatan disebabkan gangguan seksual atau ugutan di tempat kerja
    • Perletakan jawatan apabila diarah melaksanakan kerja di luar skop yang membahayakan keselamatan

Sebab kehilangan pekerjaan yang tidak dipertimbangkan

    • Pembuangan akibat salah laku pekerja sendiri
    • Peletakan jawatan secara sukarela oleh pekerja
    • Persaraan
    • Tempoh kontrak perkhidmatan telah tamat (termasuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama atau penyiapan kerja mengikut terma kontrak dalam perkhidmatan)

Apa Yang Akan Diperolehi Melalui SIP PERKESO?

Terdapat dua jenis faedah yang akan diprolehi sama ada dalam bentuk kewangan dan bantuan pencarian pekerjaan.

Baca juga: MySPR SPPA : Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik Mulai 1 Oktober 2021

Terdapat 5 jenis faedah berbentuk kewangan iaitu:

      • Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
        • Elaun kewangan bagi mereka yang kehilangan sumber pendapatan tunggal.
        • Pemohon yang berjaya akan dibayar elaun bulanan minimum 3 bulan dan maksimum 6 bulan mengikut kadar dalam Jadual 1 dan berdasarkan Gaji Bulanan Anggapan.
        • Tempoh bayaran akan ditetapkan oleh Syarat Kelayakan Caruman (CQC) pemohon. Jadual kelayakan CQC.
        • Pemohon mesti membuktikan mereka aktif mencari pekerjaan bagi melayakkan mereka menerima elaun yang seterusnya.
      • Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
        • Elaun kewangan bagi mereka yang mempunyai beberapa pekerjaan dan telah kehilangan sekurang-kurangnya satu, tetapi tidak semua pekerjaan
        • Kadar dan tempoh bayaran adalah sama dengan EMP
        • Dibayar secara pukal
      • Fi / Yuran Latihan (FL)
        • Kemudahan latihan vokasional
        • Perbelanjaan latihan akan dibayar terus kepada syarikat yang menyediakan latihan (service provider) bagi pemohon yang terpilih
        • Pemohon yang berjaya boleh menerima sehingga 6 bulan latihan dengan kos maksimum RM 4000
      • Elaun Latihan (EL)
        • Satu insentif kewangan yang dibayar kepada peserta latihan bagi menggalakkan mereka menghadiri semua sesi latihan
        • Dibayar secara bulanan dengan kadar RM10 (min) – RM20 (max) / hari (maksimum 6 bulan), bergantung kepada Gaji Anggapan Bulanan
        • Peserta mesti membuktikan mereka menghadiri semua sesi latihan untuk melayakkan mereka menerima EL
      • Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
        • Insentif kewangan yang dibayar kepada penerima faedah EMP yang berjaya kembali bekerja awal
        • Sebanyak 25% daripada baki EMP
        • Dibayar secara pukal

SIP juga menyediakan 2 jenis faedah bantuan pencarian pekerjaan untuk kemudahan mereka yang berinsurans:

      • Program Penempatan Pekerjaan
        • Menerusi kaedah sokongan secara individu oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO kepada Orang Berinsurans yang berdaftar dengan Program Penempatan Pekerjaan Semula.
      • Kaunseling Kerjaya
        • Satu perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO bagi mengenal pasti jurang kemahiran dan masalah yang dihadapi oleh Orang Berinsurans dalam membantu membuat pilihan dan hala tuju kerjaya.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan untuk membuat tuntutan faedah SIP boleh dilakukan secara atas talian (online) di Portal SIP ataupun datang sendiri ke mana-mana kaunter pejabat PERKESO.

Sila ambil maklum yang setiap permohonan tuntutan faedah SIP perlulah mengemukakan dokumen penting seperti di bawah;

    • Salinan KPPN
    • Bukti kehilangan pekerjaan, sebagai contoh surat penamatan kerja daripada majikan sebelum ini
    • Salinan maklumat akaun bank
    • Penyata gaji  6 bulan sebelum tarikh diberhentikan kerja / kehilangan pekerjaan

Nota : Sila kemukakan / bawa sekali dokumen sokongan tambahan bagi melengkapkan tuntutan–tuntutan faedah yang diminta menurut jenis tuntutan yang layak anda diterima .

Di bawah adalah senarai dokumen sokongan yang perlu disertakan bagi semua jenis faedah:

      • Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
        • Laporan kepada Program Penempatan Pekerjaan Semula
      • Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
        • Perakuan semasa majikan aktif
      • Fi Latihan (FL)
        • Surat tawaran latihan
        • Invois daripada pneyedia latihan
        • Laporan kehadiran latihan
      • Elaun Latihan (EL)
        • Surat menjalani latihan
        • Bukti kehadiran latihan
      • Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA)
        • Surat tawaran kerja
        • Dokumen pembuktian melapor diri seperti kad perakam waktu dan lain-lain

Soalan Lazim

Saya telah kehilangan pekerjaan. Adakah saya layak untuk memohon tuntutan faedah SIP?

Jawapan:

Semua permohonan tuntutan faedah SIP perlu memenuhi syarat-syarat berikut;

  1. Membuat permohonan tuntutan faedah dalam tempoh 60 hari selepas tarikh kehilangan pekerjaan (loss of employment).
  2. Memenuhi Syarat Kelayakan Caruman iaitu caruman pekerja telah dicarum mengikut jadual caruman SIP dan mempunyai bilangan bulan minimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut Membuat Semakan SIP PERKESO

  • Anda boleh melakukan semakan kes yang telah didaftarkan melalui Portal online dengan menggunakan kes ID pengguna dan kata laluan dengan cara log masuk ke Portal Rasmi SIP / EIS PERKESO KLIK DISINI
  • Bagi mana-mana kes permohonan SIP yang telah ditolak, anda boleh membuat rayuan kepada Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) dengan mengemukakan borang permohonan ke alamat berikut:

Urus Setia, Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial,
Tkt 11, Menara PERKESO, 281, Jalan Ampang,
50538 Kuala Lumpur.

  • Sila layari Portal di bawah untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang pelbagai lagi perkhidmatan yang ditawarkan.
  • Anda juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (CRM) di talian 1 300 22 8000 atau melalui emel eis@perkeso.gov.my

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress