eOperasi ialah satu daripada Modul Pengurusan Guru yang dibangunkan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan diseliakan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Berikut ialah fakta yang anda patut tahu lebih lanjut.
Fakta eOperasi
1. Ianya digerakkan menerusi satu laman web atau portal khas di bawah KPM yang antara lain mengumpulkan pelbagai maklumat guru kementerian itu.
2. Semua maklumat guru KPM diselaraskan di portal berkenaan dan setiap guru mesti mengemas kini maklumat peribadi serta perkhidmatan masing-masing di laman terbabit.
3. Mereka yang terbabit dengan eOperasi termasuklah pentadbir sistem, iaitu staf pengurusan KPM di pelbagai peringkat bahagian, negeri, daerah dan sekolah serta pengguna, iaitu guru dan bukan guru.
4. Apa yang penting, setiap guru wajib melakukan pengesahan (verification) terhadap semua data menerusi sistem ini bagi memastikan ia tepat, terkini dan sahih.
5. Maklumat di dalam portal ini perlu sentiasa dikemas kini kerana hampir semua aplikasi lain di KPM dihubungkan dengan data di eOperasi, termasuklah egTukar, ePangkat dan Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia (SPLKPM).
6. Kegagalan menghubungkan data di eOperasi dengan mana-mana aplikasi lain di KPM, contohnya egTukar, iaitu laman web mengenai permohonan pertukaran guru, akan menyebabkan maklumat tidak dikemas kini dan dan tidak tempat sehingga mungkin menimbulkan masalah lain.
7. Antara data yang terkandung di dalam portal ini ialah info semasa mengenai gaji, kategori guru serta beberapa maklumat terkini lain.
8. Tidak semua maklumat patut dikemas kini sendiri oleh guru di dalam eOperasi, sebaliknya mereka perlu merujuk atau menyerahkan kepada guru penolong kanan untuk mengemas kini maklumat tertentu seperti gaji, kategori guru dan beberapa status lain.
9. Guru boleh meminta guru penolong kanan membetulkan atau mengemas kini semula mana-mana maklumat, jika tidak tepat atau tidak terkini.
Info terkait MPM – Majlis Peperiksaan Malaysia
Bagaimana menggunakannya?
Tidak susah sebenarnya menggunakan eOperasi. Pengguna hanya perlu klik laman Portal Pendidikan eOperasi.
Untuk mencari laman portal ini, taip sahaja katakunci ‘eoperasi’ di mana-mana enjin carian, terutama Google.
Untuk sebarang bantuan berkenaan eOperasi anda boleh klik disini Laman Bantuan
Untuk log masuk ke portal ini, beberapa maklumat diperlukan, iaitu identiti log masuk (login id), kata laluan (password) dan kad pengenalan pengguna.
Jika anda pengguna baru dan belum mempunyai semua maklumat log masuk berkenaan, anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di sini.