Guru merupakan salah satu golongan yang penting untuk negara. Tugas guru memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Menyedari akan hal ini, eOperasi modul pengurusan guru dilancarkan. Kini eOperasi berperanan sebagai sebuah aplikasi pangkalan data murid APDM yang sangat berguna dan praktikal.
eOperasi ini turut melibatkan pengurusan data dan kemaskini maklumat berkaitan guru dan bukan guru.
Sepanjang pelaksanaan eOperasi modul pengurusan guru ini ternyata sangat bagus dalam memudahkan urusan guru-guru dan bukan guru di seluruh Malaysia.
Apakah Kegunaan eOperasi Modul Pengurusan Guru Ini Sebenarnya?
Kewujudan e-Operasi ini turut bertujuan untuk kemaskini maklumat guru untuk tahun 2020.
Cara untuk menggunakan modul eOperasi juga sangat mudah dan hanya perlu login sistem yang disediakan melalui laptop atau komputer peribadi di masa saja berada.
Modul ini melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan pengguna (guru dan bukan guru).
Sistem pengurusan sekolah ini dibahagikan kepada 3 modul pengurusan KPM seperti dibawah.
Sasaran Pengguna eOperasi Telah Ditetapkan Oleh KPM
Sasaran pengguna utama modul ini terbahagi kepada dua iaitu Pengguna dan juga Pentadbir Sistem.
Pengguna – Untuk pengguna, hanya mereka yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
Pentadbir Sistem – Untuk pentadbir sistem pula, hanya dikalangan mereka yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.
Manual Penggunaan eOperasi Ternyata Sangat Mudah
Penggunaan eOperasi ini mudah dan ringkas. Ianya telah siap dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti Interface, pendaftaran eOperasi, Log Masuk, Lupa kata laluan dan tukar kata laluan.
Untuk mendapatkan manual penggunaan web eoperasi kpm ini yang lebih details anda disarankan untuk download dipost yang telah dikongsikan dibawah.
Surat Siaran Dan Makluman eOperasi
- Surat Makluman Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus ABM ( Perjawatan) 2018
- Surat Verifikasi Data Guru eOperasi
Setelah login eOperasi KPM, anda boleh lihat dengan jelas bagaimana modul ini dapat membantu untuk kemaskini maklumat guru secara online di bawah sistem pengurusan KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) dan semak.
Ternyata eOperasi ini sangat bagus dan bermanfaat untuk semua. Ianya juga mudah untuk di akses dan sangat sesuai dengan kegunaan mereka-mereka yang ada kaitan dengan pihak KPM khususnya.