Anda kini sudah boleh menebus e-Start / ePemula RM150 menerusi eWallet Belia 2022 Shopee, TnG, Grab & BigPay.
Inisiatif ini adalah untuk membantu mengurangkan beban kewangan belia.
Apa Itu e-Pemula / eStart?
e-Start merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai dalam menerapkan gaya hidup transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Belia 2022 (ePemula).
Menurut menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, skim ini akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”
E-Wallet Yang Terlibat
Pada tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi eWallet Belia berikut:
-
- Touch nGo eWallet
- Boost
- Grab Pay
- BigPay
Salah seorang belia memuat naik foto yang menunjukkan kredit ePemula sudah boleh ditebus.
Berapakah Jumlah Bantuan?
Bantuan E-Wallet RM150 akan diberikan secara one-off dan diberikan kepada golongan belia yang layak melalui eStart iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.
Apakah Syarat Kelayakan Memohon?
-
- Warganegara Malaysia
- Belia yang berumur 18-20 tahun
- Pelajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Bilakah Tarikh Memohon E-Pemula 2022?
Program ePemula @ e-Start ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.