ePrasekolah : Pendaftaran & Semakan Status Prasekolah Sesi 2022

Perhatian kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2022), kini anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM.

Semakan status penempatan prasekolah pula boleh dibuat mulai 5 Ogos di portal rasmi eprasekolah.moe.gov.my

OnViral kongsikan kepada anda maklumat terkini cara pendaftaran prasekolah melalui sistem ePrasekolah KPM dan cara menyemak status penempatan yang boleh dibuat bermula 5 Ogos lalu. Sekiranya anak anda tidak layak, anda boleh membuat rayuan bermula 5 Ogos sehingga 20 Ogos melalui ePrasekolah seperti yang dikongsikan di bawah.

Tarikh Permohonan ePrasekolah

Permohonan kemasukan ke prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2022 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2021 hingga 31 Mei 2021.

Bagi murid tahun 1 pula, permohonan Pendaftaran Tahun 1 sekolah boleh dibuat di https://public.moe.gov.my/ bermula 1 Mac 2021.

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021.

Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my

Bagi murid yang tidak layak, para ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2021

    • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja.
    • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.

Fungsi Sistem ePrasekolah

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki prasekolah secara atas talian.

Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. Permohonan Ke Prasekolah KPM

    • Borang permohonan
    • Semak dan kemaskini permohonan
    • Rayuan permohonan

2. Kemaksini Maklumat Pengguna

Pastikan emel dikemaskini berdasarkan emel terkini yang aktif.

3. Carian Maklumat Institusi Prasekolah

Carian maklumat institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.

4. Semak Status Pendaftaran

Semakan status pendaftaran murid.

Cara Mendaftar ePrasekolah KPM

Untuk mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar.

2. Daftar & Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.

Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

Pastikan emel yang didaftarkan adalah emel yang aktif.

ePrasekolah

3. Lengkapkan Maklumat

    • Muat turun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
    • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa / penjaga.
    • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan nombor MyKad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
    • Pastikan pengguna mengingati kata laluan dan tidak mendedahkan kepada orang lain.’
    • Pastikan alamat emel serta nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 berserta dokumen yang berkaitan.

NOTA:

    • Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan penegsahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
    • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemaskini semula oleh ibu bapa / penjaga.
    • Ibu bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
    • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah ,pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
    • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. Semak Status Permohonan

Semak keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2022 bermula 5 Ogos 2021.

Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran tersebut.

Bagi permohonan yang tidak berjaya, permohonan rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

NOTA:

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada:

    • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belu: dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
    • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk emel dan kemaskini maklumat yang berkenaan / hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
    • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
    • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
    • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

6. Rayuan

Permohonan rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

    • Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa / penjaga melalui laman E-Prasekolah.
    • Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.

Bantuan / Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress