eStart Belia | Transaksi Tanpa Tunai RM150 e-Skim

eStart Belia : Transaksi Tanpa Tunai RM150 e-Skim

Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan program eStart iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 sehingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

OnViral akan kongsikan kepada anda info penuh berkenaan eStart Belia : Transaksi Tanpa Tunai RM150 e-Skim.

Apakah Program eStart?

e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-wallet para belia yang berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Baca Juga: BKC Fasa 2: Semakan Status & Jumlah Pembayaran Diterima

Senarai Bantuan Untuk Belia Dalam Bajet 2022

Tahukah anda, terdapat pelbagai bantuan dan inisiatif yang diumumkan oleh Kerajaan melalui Bajet 2022 tempoh hari.

Jadi, jangan lupa untuk mendapatkan info terkini dari semasa ke semasa bagi memohon kesemua bantuan yang berkenaan.

Sila rujuk senarai berikut untuk maklumat lanjut.

Sila rujuk senarai penuh bantuan kerajaan dalam Bajet 2022 melalui rangkuman berikut: Bajet 2022: Intipati Belanjawan & Senarai Bantuan Untuk Rakyat.

Jumlah Bantuan

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapakah Yang Layak Memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada tahun 2022.

Cara Mohon

Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai terlibat yang akan diumumkan oleh pihak Kerajaan melalui Kementerian terlibat dalam masa terdekat nanti.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.

Apakah e-Dompet / e-Wallet Yang Terlibat?

Buat masa ini, rangkaian eWallet yang terlibat belum lagi diumumkan.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress