Nama Datuk Sudirman Arshad sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia kerana beliau merupakan legenda tanah air kita. Hingga banyak warisan peningggalannya masih di ingati dalam ingatan rakyat. Lagu-lagu seperti ‘chow kit road’ ‘warisan’ dan ‘salam terakhir’ masih di nyanyikan oleh rakyat tak kira bangsa.
Namun begitu, sejauh mana kita mengenali nama Sudirman ini? di MH ingin kongsi beberapa trivia mengenai lagenda tanah air kita.
1. Beliau dilahirkan pada 23 Mei 1954 di Pahang
2. Nama Sudirman diilhamkan nama pahlawan di Indonesia, Soedirman. Turut dipanggil Diman oleh ahli keluarganya.
3. Anak bongsu 6 dari adik beradik, sejak kecil beliau sangat suka menyanyi dan sering selalu masuk pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan juga masuk persembahan teater dan koir sekolah.
4. Beliau merupakan graduan undang-undang dari Fakulti Universiti Melaya. Diiktiraf sebagai peguam pada tahun 1984 namun beliau memilih bidang seni kejayanya.
5. Mula dikenali sebagai Johan Bintang RTM pada tahun 1976
6. Kenangan diingati oleh rakyat, yang beliau mengadakan konsert percuma di jalan Chow KIt. Ia juga turut diiktiraf dalam Malaysian Book Of Record dan dihadiri lebih 100 orang yang datang.
Baca Juga: 5 Drama Yang Mempunyai Jalan Cerita Terbaik!
7. Lagu ‘One Thousand Million Smile dirakamkan dalam bentuk ‘single’ dan dipasarkan dan g jual di Eropah. Proses lagu beliau tersebut juga dilakukan di studio Abbey Road tempat rakaman album bagi penyanyi yang berpengaruh seperti The Beatles. Lagu tersebut dipilih sebagai lahu tema Malaysia semasa Hari PBB.
8. Beliau juga penah menyanyikan lagu yang bertajuk buat Allahyarham Saloma berjudul “Mama”
9. Beliau meninggalkan lagu ‘Salam Terakhir’ dan ‘Dari Jauh Ku Pohon Maaf’ yang meninggalkan kesan yang sangat dalam kepada perminatnya.
10. Beliau turut berbakat dalam pebagai bidang seperti penulisan apabila pernah menjadi kolumnis ruangan yang masih teringat-ingat di majalah URTV dan juga sebagai residen writer, di Kumpulan Media Karangkraf.
11. Tugasnya ialah penulis dan melukis untuk majalah terbitan Karangkraf seperti Bacaria, Nona, Media Hiburan, Minguan Kanak-kanak dan Remaja. Pada Minguan Malaysia dan menjadi kolumnis dan beberapa berita mingguan tempatan.
12. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Februari 1992, jalan pukul 2 pagi pada usia 37 tahun. Allahyarham dikebumikan di Temerloh, Pahang.
13. Nama Sudirman Hj Arshad terus bersemadi di hati peminatnya hingga kini dengan gelaran ‘ Penghibur Nombor Satu Di Malaysia.