Setiap pasangan yang bercinta pada usia muda sudah tentu ingin mengakhiri hubungan mereka dengan membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan direstu. Sebelum melangkah ke peringkat seterusnya, para pasangan kebiasaannya terlebih dahulu meminta restu daripada keluarga agar kehidupan yang dibina lebih berkat dan bahagia.
Baru-baru ini di Twitter, seorang gadis berkongsikan keterujaan apabila keluarga terutamanya ibu bapanya berbesar hati untuk berkenalan dengan pemuda yang berjaya menambat hati anak gadis mereka.
“Mama teruja jumpa bakal menantu mama…”
Lebih mengujakan dan meraih perhatian ramai, teman lelaki gadis ini bukan sahaja bertemu dengan ibu bapanya semata-mata malah pemuda itu juga turut mengimamkan keluarga kekasihnya ketika melakukan solat berjemaah.
Diharapkan ramai dapat sesuatu dari pengalaman mereka
Mengikut perkongsian indah di laman Twitter itu, walaupun remaja tersebut baru berusia 19 tahun, mereka berharap agar orang lain boleh belaja sesuatu daripada hubungan mereka berdua.
Gadis tersebut turut meninggalkan sedikit pesanan untuk kaum lelaki, soal agama adalah perkara yang penting untuk diketengahkan.
Nak dapat jodoh baik, ubah diri jadi lebih baik dulu…
Nak kahwin dengan anak gadis orang, pastikan sudah siap sedia
“Comelnya teman lelaki jadi imam…”
Sudah tentunya, di ruangan komen ramai yang dilihat turut merasa teruja dengan layanan yang diberika oleh keluarga gadis tersebut kepada teman lelaki anaknya.
Ada juga netizen yang mendoakan mereka sehingga ke jinjang pelamin.
Perkongsian gadis yang memaparkan teman lelaki menjadi imam kepada keluarganya, sehingga kini telah meraih hampir 4,000 ulang kicau dan lebih 10,600 tanda suka dalam kalangan netizen.
Sumber: Twitter