Gaji Kurang RM1,200/RM1,100 Berhak Buat Aduan

Gaji Kurang

Merujuk Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76), jika majikan anda membayar gaji anda di bawah gaji minimum/kurang boleh didakwa di mahkamah kerana menyalahi akta tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan atau RM5.77 sejam di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam selain wilayah bandar utama berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan mengikut undang-undang sudah diwartakan.

Individu yang diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada RM1,200 atau RM1,100 berhak membuat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah.

Gaji Minimum Tahun 2021

Gaji Kurang

Gaji Kurang

Bagaimanapun saya melihat isu pengangguran dan gaji permulaan rendah dalam kalangan siswazah baharu adalah sementara sehingga ekonomi negara pulih sepenuhnya dijangka hujung tahun ini,” katanya

Menurutnya, susulan pandemik COVID-19 yang berlaku tahun lalu memberi kesan dan cukup mencabar kewangan setiap majikan.

“Saya berasakan sekiranya siswazah mendapat tawaran kerja, lebih elok terima walaupun gaji bukan taraf ijazah atau diploma.

Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR): Semakan Tarikh Baki Bayaran

“Sekurang-kurangnya mereka boleh menimba pengalaman, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan dalam sektor pekerjaan,” katanya.

Beliau juga berkata, apabila ekonomi mula pulih serta stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif.

“Siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka.

“Kami ingin menasihati siswazah untuk tidak terlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti yang tinggi.

“Apabila pekerja sudah mula memberi sumbangan dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya,” katanya.

Ditanya adakah perlu kerajaan menggubal akta gaji minimum khusus buat siswazah, Shamsuddin berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi negara.

“Kalau buat demikian, boleh menjejaskan peluang pekerjaan untuk graduan.

“Jika majikan tidak mampu dengan kadar yang ditetapkan, pastinya ini lebih merugikan graduan apabila mereka langsung tidak diambil bekerja,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Info Tambahan

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kawasan Bandar?

  • Kadar gaji minimum RM1,200 yang perlu dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual hendaklah seperti berikut:

Manakala kawasan selain di atas tertakluk kepada gaji minimum RM1100 berkuatkuasa mulai Februari 2020 (terpakai bagi tahun 2021).

Untuk lebih muda, sila muat turun Perintah Gaji Minimum Warta Kerajaan Persekutuan: klik DISINI

Atau

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya disini:

https://www.mohr.gov.my/index.php/ms/latest-articles-2/1306-perintah-gaji-minimum-2020

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress