Gaji Minimum Baru Diumum Tahun 2022 | Mungkinkah Bertambah Sebanyak RM100?

Buat makluman anda, kali terakhir gaji minimum dinaikkan ialah pada 1 Februari 2020 sebanyak RM100, daripada RM1100 kepada RM1200.

KUALA LUMPUR: Perintah Gaji Minimum terbaharu telah dijangka akan diumumkan pada awal januari tahun 2022 berikutan kajian mengenai keperluan meningkatkan kadar gaji telah dijalankan menjelang akhir tahun ini.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim,  kajian mengenai gaji minimum itu sedang dilaksanakan dan dijangka selesai suku keempat tahun 2021 ini.

Kajian semula gaji minimum ini selaras dengan Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 dimana ia perlu dikaji sekali dalam dua tahun.

“Ini kita tidak boleh ubah, kalau kita mahu ubah kena buat melalui Parlimen (kajian dua tahun sekali) ia bukan setahun sekali seperti Yang Berhormat Muar katakan tadi,” katanya menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mengenai semakan gaji minimum di Dewan Rakyat, hari ini.

Awang menambah, demi usaha meningkatkan lagi kadar gaji minimum, Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) dipertanggungjawabkan membuat kajian.

Kajian itu mengambil kira dalam kepelbagaian aspek termasuk kestabilan ekonomi, rangsangan Keluaran Dalam Negara Kasar, kos dan standard kehidupan rakyat.

 

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2022 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress