Geran Khas Prihatin (GKP): Bantuan Tambahan RM1,500

Semasa pengumuman bantuan khas untuk menghadapi PKP 3.0 atau ‘Total Lockdown’ yang dinamakan sebagai PEMERKASA Plus. Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan tambahan kepada penerima Geran Khas Prihatin (GKP).

Walaupun pembayaran GKP 3.0 akan dilaksanakan pada Jun, kerajaan sekali lagi menambahkan jumlah bantuan kepada peniaga yang terjejas.

Baca Juga: Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan RM500

Geran Khas Prihatin (GKP)

Tarikh Bayaran Bantuan GKP Tambahan

Untuk makluman, pembayaran RM1,500 akan mula diberikan secara berperingkat kepada peniaga:

Tarikh Bayaran Bantuan GKP Tambahan Fasa Pertama (RM1,000)

  • Pembayaran akan mula dikreditkan pada pertengahan bulan Jun 2021.

Tarikh Bayaran Bantuan GKP Tambahan Fasa Kedua (RM500)

  • Pembayaran akan mula dikreditkan pada bulan Julai 2021.

Syarat Kelayakan GKP 3.0

Walaupun jumlah bantuan GKP 3.0 tidak sebanyak bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 tetapi bantuan ini disalurkan kepada semua penerima.

Pada sebelum ini, penerima GKP 1.0 tidak menerima GKP 2.0, tetapi untuk GKP 3.0 semua penerima GKP 1.0, GKP 2.0, dan permohonan baharu yang lulus turut layak mendapat RM1,500.

Kepada pemohon baharu GKP 3.0, anda boleh membuat semakan kelulusan melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Sumber

 

Related Posts

© 2023 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress