GKP 3.0: Bantuan Tambahan Sebanyak RM1,000

Geran Khas Prihatin (GKP 3.0)

Ramai yang masih berpendapat bahawa GKP merupakan bantuan yang lebih kurang seperti BPN & BPR. Perkara ini telah menunjukkan bahawa masih ramai lagi yang masih bingung serta tidak tahu mengenai GKP ini.

Untuk makluman, GKP 3.0 ialah satu lagi bantuan tambahan yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa pandemik COVID-19. Bantuan ini adalah untuk membantu PKS yang menghadapi masalah kekurangan pendapatan.

Permohonan baharu Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) telah dibuka pada 1 sehingga 15 April lalu. Kini permohonan tersebut telah ditutup.

Mohon Juga: Insentif RM1,000 Buat Golongan Belia

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan GKP 3.0 yang telah diumumkan oleh kerajaan ialah berjumlah RM1,000. Tidak seperti pembayaran GKP 1.0 dan GKP 2.0 yang berjumlah RM3,000.

Apakah Perbezaan GKP PERMAI & GKP 3.0?

GKP PERMAI yang berjumlah RM500 dan RM1,000 telah dibayar kepada mana-mana penerima GKP 1.0 dan GKP 2.0 bergantung kepada status COVID-19 negeri. Negeri berstatus PKP akan menerima RM1,000 manakala negeri yang berstatus PKPP atau PKPB akan menerima RM500. Pembayaran telah dilakukan pada Mac lalu.

Tetapi, GKP 3.0 yang berjumlah RM1,000 akan mula dibayar pada 2021 Jun nanti.

Syarat Kelayakan

Walaupun jumlah bantuan GKP 3.0 tidak sebanyak bantuan GKP 1.0 dan GKP 2.0 tetapi bantuan ini dapat kepada semua penerima.

Pada sebelum ini, penerima GKP 1.0 tidak menerima GKP 2.0 tetapi untuk GKP 3.0 semua penerima GKP 1.0, 2.0 dan permohonan baharu yang lulus turut layak untuk terima RM1,000.

Kepada permohonan baharu GKP 3.0 anda boleh buat semakan kelulusan melalui portal rasmi Geran Khas Prihatin (GKP).

Tarikh Pembayaran

Merujuk kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia, pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) akan dilaksanakan pada Jun 2021.

Untuk makluman, tarikh terperinci pembayaran belum dinyatakan lagi setakat ini.

GKP 3.0

Sumber

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *