GKP 4.0 Mula Dibayar Esok! Jumlah Bayaran & Semakan Status

GKP 4.0 Mula Dibayar Esok! Jumlah Bayaran & Semakan Status

Seperti yang ditunggu-tunggu oleh penerima Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0), nampaknya pembayaran GKP 4.0 akan mula dibayar pada 21 September 2021.

Menurut kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro untuk meringankan beban mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Untuk pengetahuan anda, pelaksanaan Geran Khas Prihatin atau GKP ini  telah berjaya menyokong kelangsungan perniagaan atau business survival dalam kalangan peniaga kecil, terutamanya mereka yang masih tidak dibenarkan beroperasi.

 

Secara keseluruhannya, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah 5.1 bilion ringgit melalui inisiatif GKP. Oleh itu, kami dari OnViral akan berkongsi kepada anda berkenaan maklumat pembayaran GKP untuk bulan September.

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Jumlah keseluruhan GKP 4.0 adalah RM1,500 dan akan dibayar secara beperingkat. Pembayaran pertama telahpun dibuat pada bulan Julai yang lalu.

    • Julai: RM500 (GKP Tambahan)
    • September: RM500
    • November: RM500

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, dan GKP 3.0.  Akaun bank persendirian itu juga mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Tarikh Bayaran GKP 4.0

Pembayaran GKP 4.0 akan mula dibuat pada 21 September 2021.

Semakan GKP 4.0

Anda boleh membuat semakan GKP dengan melayari pautan https://gkp.hasil.gov.my/

Pemohon hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengikuti tatacara seterusnya.

Pendaftaran GKP 4.0

Untuk pengetahuan anda, permohonan GKP 4.0 telahpun ditutup sejak 31 Julai lagi.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara). Rujuk Soal Jawab GKP 4.0 di sini.

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress