GKP 4.0 : Permohonan & Semakan Online – Julai 2021

Mukadimah

Melalui Pelan Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan akan memberikan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada PKS mikro yang layak.  Setakat ini pelaksanaan GKP telah berjaya membantu kelangsungan perniagaan  dikalangan peniaga kecil, terutamanya pada sektor yang masih belum dibenarkan beroperasi. Pelaksanaan GKP 4.0 ini akan mengurangkan beban dan kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha PKP mikro ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

 

Jadual dan Jumlah Bayaran GKP

  • Penerima Sedia Ada
Bayaran bagi penerima GKP 1.0, GKP 2.0, dan GKP 3.0 ialah sebanyak RM1000 dan akan dibayar dua kali pada bulan September (RM500) dan bulan November (RM500).
  • Permohonan Baru
Bayaran bagi penerima GKP 4.0 adalah sebanyak RM1000, dibayar dua kali pada bulan September (RM500) dan bulan November (RM500).

Apakah Syarat Kelayakan GKP 4.0 ?

Permohon baru GKP perlulah memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti bawah :
  1. Pemohon bukan penerima GKP sebelum ini.
  2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan mempunyai PKS mikro.
  3. Perniagaan masih lagi dijalankan dan belum ditutup.
  4. Perolehan tahunan perniagaan pemohon mestilah kurang daripada RM300,000.
  5. Jumlah pekerja sepenuh masa yang ada dalam perniagaan adalah tidak melebihi 5 orang dan tidak termasuk pemilik perniagaan.

 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan baru GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal rasmi GKP di https://gkp.hasil.gov.my/

Tarikh Permohonan GKP 4.0

Permohonan baru GKP 4.0 akan mula dibuka pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara) atau boleh layari KLIK SINI

Jom tonton video dari Youtube Onviral 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 Onviral - Theme by WPEnjoy · Powered by WordPress